‘Awak isteri kedua Zarul ke?’- Punca jiran tersalah tanya soalan habis terbongkar

‘Awak isteri kedua Zarul ke?’- Punca jiran tersalah tanya soalan habis terbongkar

‘Awak isteri kedua Zarul ke?’- Punca jiran tersalah tanya soalan habis terbongkar. Aku Rina, usia aku 38 tahun. Aku seorang ibu yang bekerjaya sebagai cikgu di sebuah sekolah menengah harian di utara tanah air.

Aku juga memiliki cahaya mata seorang. Suami aku bekerja sebagai pegawai imigrisen di KLIA.

Sebelum berkahwin kami bercinta di zaman universiti selama 5 tahun. Dan selepas itu kami berkahwin atas dasar suka sama suka.

'Awak isteri kedua Zarul ke?'- Punca jiran tersalah tanya soalan habis terbongkar

Rezeki suami murah selepas berkahwin dan dia dapat tawaran sebagai pegawai imigrisen manakala aku pula sewaktu itu masih dalam sesi latihan guru.

So, memang kami berkahwin PJJ.

Aku akan datang ke tempat latihan suami pada setiap hujung minggu. Terpaksa berkorban masa dan tenaga untuk ke sana sebab suami time tu masih belum ada kereta.

Kalau tak larat aku akan pergi naik bas ke tempat suami. Dan rutin ini berlaku lebih kurang setahun lebih juga sebelum aku dan suami posting.

Alhamdullilah setahun lebih, aku ditempatkan di salah sebuah sekolah dan suami pula di KLIA.

Jarak yang jauh memang memisahkan kami. Bukan takat tiap tiap minggu dah sekarang, kadang kadang sampai 2 bulan sekali baru kami dapat jumpa.

Itu pun sehari setengah je. Tak suami datang ke tempat aku, aku akan ke tempat suami.

Alhamdullilah, walaupun time tu da masuk 3 tahun kami PJJ, aku disahkan mengandung anak pertama. So, memang suami akan kerap datang ke tempat aku.

Boleh bayangkan aku sendiri drive checkup baby, pergi klinik sendiri. Malam malam kaki kebas urut sendiri, loya muntah terpaksa hadap sorang sorang dekat sini. Memang sedih sangat.

Untuk pengetahuan, aku dah lebih 20 kali mohon pertukaran ke negeri suami bekerja. Tapi malangnya masih belum ada kekosongan.

Segala surat rayuan pelbagai jenis dan jabatan aku da hantar tapi jawapan yang diterima menghampakan, belum ada kekosongan.

Suami juga begitu, dah banyak kali juga isi borang permohonan untuk tukar ke negeri aku mengajar. Tapi mungkin ini dugaan buat kami. Kami akur.

Syukur alhamdullilah, aku selamat lahirkan anak lelaki walaupun time tu, saat itu, suami tiada di sisi. Memang sedih.

Lepas 8 jam aku bersalin baru lah suami sampai di hospital. Dia bawa aku pulang ke kuarters yang dia tinggal untuk aku berpantang.

Dia pilih akan jaga aku semasa berpantang dan bukannnya dihantar ke kampung halaman untuk bagi ibuku jaga.

Memang berbunga bunga la hati, aku tahan sakit dan perit lepas bersalin dalam perjalanan ke kuarter suami yang memakan masa 7 jam time tu.

Suami bawa slow sangat, suami tak nak hentakan kereta time memandu di rasa oleh aku. Syukur sangat aku dapat suami yang memahami.

Bermulalah episod tempoh aku berpantang di kuarters suami. Huhu. Rumah tu suami da hias dan bersih kan cantik cantik sebab aku dan baby kami nak smpai.

Aircond siap dipasang, tak nak bagi aku kepanasan dalam rumah. Katanya, nak aku selesa dalam kuartes tu.

Cair tros aku, lagi bertambah tambah cinta sayang dengan suami.

Lagi tak selalunya cerah. Aku mula perasan perubahan sikap suami. Handphone dia akan bedering tiap kali 5 minit. Wtasapp juga akan masuk tiap kali 5 minit ke 10 minit.

Bila aku tanya, dia cakap bos dia nak report, update itu la ini la.

Nampak riak muka suami mcam cuak bila aku kerap bertanya dan sindir dia ” hai sayang, sibuk mengalahkan perdana menteri ek hp sayang”.

Dia senyum, dan slow kan volume, kadang kadang suami akan set kan vibrate bila sampai dirumah supaya handphone tak bedering lagi.

Memang hati aku kurang sedap dan mengesyaki sesuatu dekat suami. Aku cuba tepis perasaan tu jauh.

Tak mungkin suami aku akan curang sebab tahun ni da masuk tahun ke 9 kami berkenalan sejak dari zaman belajar. Aku kenal sangat perangai suami aku.

Tiipu lah kalau nak kata aku cuba cek hp suami kot naik nama perempuan yang tak dikenali lah kan.

Tapi tak, semua nama lelaki, En Shahid, En Zarif, Adam..

Semua nama lelaki, dan nama nama tu semua aku kenal, memang pegawai atasan dan kawan suami di pejabat.

Hatiku jadi lebih tenang sebab nama lelaki yang tertera di skrin hp dia.

Bila aku cek mesej, whatsapp, telegram, pon masih sama.. Nama nama kenalan lelaki suami yang naik di skrin.
So, aku buang jauh jauh rasa syak wasangka aku terhadap suami dan yakin dia keluar mencari rezeki untuk nafkah aku dan anak dengan ikhlas.
Masuk hari ke 35 aku berpantang di rumah suami, aku terasa teringin nak keluar rumah sebab baby kami terkena kuning.

Sebab mak aku pesan kalau baby terkenang kuning ikut petua orang kampung, jemurkan baby dengan cahaya matahari pada waktu pagi untuk mengurang kan kuning.

Aku ambil kerusi, meja lapik dengan toto kecil untuk jemur baby di pumpkin kuartes kami.

Time tu memang ada jiran yang lalu depan rumah tegur aku dan baby. Tapi yang peliknya dah dekat 4 orang yang lalu depan rumah tanya soalan yang sama.

” Awak isteri Zarul ke?, Wahh!! comelnya baby. Tak pernah nampak awak pun dekat sini, awak baru kahwin ke? ” ..

Aku hanya senyum dan balas senyuman, ” Tak la kak. Saya da 3 tahun kahwin dengan suami”…

Riak wajah mereka seperti ada sembunyikan sesuatu dari aku sehingga….

Ada seorang wanita berusia likungan 45 tahun lalu didepan rumah kami lalu tegur aku aku namkan dia Akak Siti.

” Eh Fasha, bila kau mengandung lagi. Akak lalu sini tak perasan pulak kau.. Eh?? awak siapa?? ”

Aku: “Saya Rina kak, isteri Zarul. Ni hah baru je lepas bersalin bulan lepas, berpantang dekat rumah suami.”

Akak Siti: “Oh.. Zarul kahwin lain ke? Tak pernah nampak pula awak. Maaflah ye.. awak isteri ke dua ke pertama?”

Aku: “Saya lah satu satunya isteri Zarul kak. Takde nya dua 3 ke, saya sorang je isteri Zarul.”

Akak siti terdiam hanya mampu tersenyum sinis. Even aku tahu dia da terlepas cakap depan aku.

Memang aku rasa nak pitam. Nak nangis bila Akak Siti tanya kan soalan macam tu dekat aku. Dia salam aku dan berlalu pergi dari situ.

Dalam hatiku memang terdetik, ” Ko siap Zarul.. Ko siap.. Aku nak dengar dari pegakuan dari mulut ko sendiri.”

Aku bawa masuk baby time tu slow slow. Memang hati aku rasa remuk bila aku dengar Kak Siti cakap macam tu. Aku dengar sendiri penjelasan dari Zarul.

Suami balik petang, aku berlakon tuangkan air teh dekat suami. Tanya nk makan apa, aku nak masak kan.

Siap aku da tidur kan baby siap siapi time suami balik kerja. Dia minta dekat aku nak maggi goreng. Aku buatkan siap telur mata dekatt atas maggi. Muka memang senyum habis la. hahha.. Mungkin dia kebulur kot.

Tengah dia suap sudu maggi ke mulut dia aku pun mula tanya..

Aku: “Ayang.. Tadi Fasha datang cari ayang..”

Suami tersedak maggi sampai maggi keluar dekat lubang hidung dia. Memang sakit sangat aku tengok time dia tersedak.

Aku cuba urut urutkan belakang badan dia dan bagi air. Dia tolak pinggan maggi yang tak habis dimakan ke tengah meja.

Suami: “Ha? Fasha? Kenapa?”

Aku: “Ntah.. Dia cari ayang. Cantik dia kan yang. Ayu je muka dia. Tak macam saya baru lepas bersalin sememeh. Dia siap bawa anak lagi.”

Suami: “Ha? Ha… ok2.. Nanti abang call dia, tanya apa dia nak..”

Aku: “Siapa Fasha tu ayang?”

Suami: “Errrrrrr… em… kawan abang..”

Aku: “Yeke ayang ni? Ntah ntah isteri ke dua ayang kot?”

Suami: “Eh, jangan merepek lah.. Tak la, awak sorang je isteri saya..”

Aku: “Betol ke ni ayang? Saya sedia terima dia kalau dia isteri ayang. Cuma abang kena jujur dengan saya je. Saya tak kisah..”

Muka suami kemerah merahan bila dengar aku cakap cmtu. Dia duduk tak senang. Lalu bangun duduk di kerusi dekat ruang tamu rumah kami. Dia panggil aku duduk sekali..

Suami: “Sebenarnya ada perkara yang abang nk bagi tahu dekat sayang ni. Harap sayang dengar dan tak salahkan abang. Dengar penjelasan abang sampai habis dulu..”

Memang sah suami aku mengaku depan aku. Yang si Fasha ni isteri kedua dia. Dah lebih kurang setahun lebih mereka berkahwin tanpa pengetahuan aku dan keluarga suami.

Mereka kahwin senyap senyap tapi bukan di siam. Di Malaysia. Majlis perkahwinan dibuat secara kecil kecilan saja.

Untuk pengetahuan korang, lepas Kak siti terlepas cakap tadi, aku pergi ke rumah Kak Siti selang 4 pintu dari rumah kuarters kami Dan aku korek segala rahsia yang Kak siti terlepas cakap pada awalnya tadi.

Rupnya selama ni rumah ni didiami oleh suami dan Fasha. Semua jiran tetangga di kuarter ni tahu yang Zarul berkahwin dengan Fasha, tapi bukan nya dengan aku.

Sebab lepas kami dinikahkan aku tak pernah datang ke kuarters ni. Patutlah rumah suami bersih dan kemas. Rupa rupanya si Fasha yang kemaskan rumah.

Aircond yang dipasang suami bukan untuk aku sebenarnya. Untuk Fasha dan baby mereka. Barang dapur lengkap seperti suami masak tiap tiap hari. Rupa rupanya Fasha yang masakan untuk suami aku. Untung lah suami aku, ada isteri dekat dan jauh.

Bila rindu, dia akan datang dekat aku. Bila jauh dengan aku, Fasha ada. Memang bahagia la sangat sangat sangat suami aku ni.

Bila aku minta penjelasan lain, dia kenal Fasha sewaktu training dulu. Tapi Fasha ni tak lepas dan gagal waktu tu.

Dan dalam masa yang sama suami memang rapat dengan Fasha untuk penuhi masa terluang. Bila da jarang jumpa aku, memang keinginan dan jatuh cinta secara tiba tiba wujud dalam hati suami aku.

Akhirnya suami putuskan nak kahwini Fasha tanpa pengetahuan aku dan keluarga dia mahupun keluarga aku.

Dia akui memang hati dia tak tenang lepas buat keputusan membelakangi aku dan keluarga, kahwin secara diam diam.

Hati aku bila dengar satu per satu alasan suami memang hncur. Remuk hati aku tambahan lagi baby pula baru lepas keluar.

Malam tu juga aku minta izin Zarul untuk pulang ke rumah kedua orang tua aku dan beri aku masa untuk bertenang bersama dengan baby kami.

Mulanya memang dia menolak sekeras kerasnya sebab dia masih mahu menjaga aku waktu itu.

Aku merayu pada dia jika tak nak benda yang tak diigini berlaku, tolong hantar aku ke kampungg.

Zarul hantar aku malam tu juga aku ke kampung. Dalam kereta aku banyakkan diam diri. Bila dia tanya pun aku tak jawab, aku boikot dia.

Sampai saja di kampung malam tu, aku minta dia jangan cari aku dalam tempoh sebulan, bagi aku masa cool down.

Aku tak tahu nak terima berita ini macam mana. Adakah ini ujian bagi aku atau sebaliknya..

Dekat kedua orang tua aku pun, aku masih jaga aib suami. Aku tak bagi tahu yang dia da berkahwin lain dan aku mempunyai seorang madu lain.

Aku banyak berkurung diri dalam bilik. Hanya tangisan menemani aku setiap malam. Tergamak Zarul perlakukan aku begini.

Sekarang da masuk sebulan di kampung, Zarul memang ada usaha untuk pujuk aku kembali.

Tapi aku abaikan, hati aku masih belum boleh terima kehadiran Fasha dalam hidup aku. Aku sangkakan kahwin PJJ ni indah tapi dikhianati suami sendiri.

Para pembaca semua doakan hati aku terbuka untuk terima dugaan ini. Untuk terima madu aku. Walaupun kadang kadang memang aku terfikir untuk mntak diceraikan je.

Mak ayah aku pula asyik bertnya sekarang kenapa Zarul tak datang datang. Aku cuma jawab Zarul sibuk dengan kursus dia.

Sekian dari aku, Mana Rina.

Baca Lagi:
“Kami kahwin aturan keluarga, awal-awal mak dah tipu isteri aku, dah 2 tahun aku tunggu nak anak tapi isteri aku tetap tolak sebab takut kacau kerja dia sebagai pramugari”
Ketahui sebab adanya kilat ketika gunung berapi meletus
Komen Tunku Azizah di video banglo mewah ‘retro’ di Bukit Tunku jadi perhatian ramai
CATEGORIES