[VIDEO] Perompak terjun sungai dikepung penduduk kampung

[VIDEO] Perompak terjun sungai dikepung penduduk kampung

[VIDEO] Perompak terjun sungai dikepung penduduk kampung. Kes samun sebuah lori di bandar Palembang, Sumatera Selatan Indonesia undang perhatian netizen apabila suspek yang cuba melepaskan diri berjaya dikepung orang ramai.

Difahamkan, kedua-dua suspek terbabit cuba merampas dan merompak pemandu lori yang melalui jalan di kawasan Ilir Barat 1 Palembang namun sebaik diburu pihak polis, mereka cuba melarikan diri dan akhirnya terperangkap di sebatang sungai.

Insiden itu bertukar kecoh apabila orang ramai bertindak ganas dengan membaling batu dan mengepung dua penyangak itu.

Menurut mangsa rompakan, suspek yang menunggang motosikal itu terlebih dahulu menghimpit lorinya sebelum melempar batu ke arah tingkap sehingga pecah.

Panik dengan situasi tersebut, mangsa terus berhenti dan mengambil segala barangan berharga miliknya sebelum mendapatkan bantuan.

Nasib menyebelahinya apabila penduduk kampung yang menyedari akan situasi itu pantas memberikan bantuan dan mengejar kedua-dua suspek.

Akibat terlampau takut, perompak berkenaan bergegas lari sebelum akhirnya ditahan dan diserahkan kepada pihak polis.

[VIDEO] Perompak terjun sungai dikepung penduduk kampung.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meninggalkan komen susulan kejadian tersebut.

“Jangan lepaskan perompak itu, pukul dan serahkan kepada pihak polis untuk siasatan,” kata erad.7800.

“Kasihan pula tengok keadaan perompak itu, jangan la dipukul sudah tertangkap pun cukup bagus,” jelas asyanuranisa.

“Sudah menjadi lumrah bila pencuri tertangkap mesti akan melarikan diri,” tambah ilhamyunus.

Baca Lagi:
Pamandu lori maut, papan tanda tumbang atas lori
Artis terkenal kena tangkap khalwat lagi dirumah sendiri
‘Sambung ayat Al-Quran dapat RM50’ Suara luar biasa pakcik ini buat netizen kagum
CATEGORIES