Pasangan suami isteri mahu hidup sederhana walaupun gaji RM8,000 sebulan, tapi ramai yang pandang hina sebab pakai kereta Axia

Pasangan suami isteri mahu hidup sederhana walaupun gaji RM8,000 sebulan, tapi ramai yang pandang hina sebab pakai kereta Axia

Pasangan suami isteri mahu hidup sederhana walaupun gaji RM8,000 sebulan, tapi ramai yang pandang hina sebab pakai kereta Axia. Pepatah ‘ukur baju di badan sendiri’ mengajar seseorang untuk berbelanja mengikut kemampuan masing-masing.

Bagi pasangan muda yang baru sahaja berkahwin, sikap memahami dan saling melengkapi dalam urusan belanja menjadi kunci kebahagiaan dalam rumahtangga.

Seperti yang dilakukan oleh pasangan suami isteri ini, walaupun mereka belum dianugerahkan cahaya mata, mereka tetap selesa menjalani kehidupan dengan cara yang sederhana.

Pasangan suami isteri mahu hidup sederhana walaupun gaji RM8,000 sebulan, tapi ramai yang pandang hina sebab pakai kereta Axia

Namun apa yang tidak sedap didengar apabila kereta milik pasangan itu untuk kegunaan harian menjadi bahan bualan orang sekeliling.

Menurut wanita tersebut, dia dan suaminya bekerja dan masing-masing memperoleh gaji bulanan sekitar RM4,000 dan memiliki sebuah kereta Perodua Axia.

“Saya dan suami berumur 26 tahun kedua-duanya dan memiliki gaji sebanyak RM4,000++. Kami belum mempunyai anak.
“Kami menggunakan sebuah kereta Axia tahun 2022. Ramai yang memandang rendah kepada suami saya kerana hanya menggunakan Axia,” katanya dalam satu luahan di laman X.

Tidak mengutamakan benda-benda atau hal yang materialistik, kata wanita itu, suaminya sering mengingatkan mereka untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki, walaupun jumlah gaji mereka berdua kira-kira RM8,000.

“Suami saya sentiasa mengingatkan untuk bersyukur dan menghargai apa yang ada. Dia selalu mengingatkan kami agar sentiasa merasa cukup. Tetapi saya berasa sedih kerana orang sering memandang rendah kepada suami saya, padahal dia mampu untuk memiliki kereta yang lebih besar,” ujarnya, meluahkan kekecewaan yang tersembunyi di hatinya.

Di bahagian komen, kebanyakan netizen menggambarkan bahawa gaji bulanan pasangan tersebut tidaklah besar terutamanya jika mereka tinggal di bandar kerana kos sara hidup yang lebih tinggi.

Pada masa yang sama, mereka juga menggalakkan agar mencari kebahagiaan dengan cara tersendiri tanpa bergantung kepada pandangan orang lain.

Yang paling penting, kata mereka, adalah berbelanja dan mengamalkan gaya hidup mengikut kemampuan masing-masing.

“RM4,000 gaji tak besar. Kalau hidup di bandar, hampir sama dengan miskin bandar. Kedua, janganlah meletakkan kebahagiaan kita di tangan orang lain. Kita tidak mungkin dapat memuaskan semua orang.

“Orang Malaysia biasanya menilai seseorang dari kereta yang digunakan, baru melihat kaya atau tidaknya seseorang. Itulah masalahnya. Kita perlu ubah cara berfikir. Janganlah mengikut pandangan orang lain. Kita sendiri perlu tahu apa yang kita inginkan. Aku punya kawan, suami isteri gaji RM4,000 ke atas, tetapi santai saja pakai Kancil sejak dari zaman persekolahannya.

“Orang yang memandang rendah bukanlah yang membantu membayar bil atau membantu menabung untuk masa depan kita bersama. Pakailah kereta mengikut kemampuan. Kalau pakai Tesla, nanti bankrap, mereka pun tidak akan membantu.

“Kita tidak sepatutnya hidup berpaksikan apa yang orang lain kata. Biarlah apa pun yang mereka katakan, kenapa perlu ambil peduli? Adakah mereka memberi makanan kepada kita? Tidak, bukan? Jadi, lakukanlah apa yang kita rasa betul, tak perlulah peduli tentang komen orang lain,” demikian antara komen netizen.

Baca Lagi:
Syarikat pertama beri pekerja 10 hari ‘cuti sedih’ setahun
TMJ beri bayangan sesuatu perkara yang besar akan berlaku
“Jenis tak kisah rosak janji puas hati”- Rakaman kereta Nisaan Fairlady rempuh kereta di parkir raih perhatian ramai
CATEGORIES