Pemandu lori maut, papan tanda tumbang atas lori

Pemandu lori maut, papan tanda tumbang atas lori

Pemandu lori maut, papan tanda tumbang atas lori. Lelaki maut selepas lori dipandunya dihempap papan tanda yang tumbang dalam kemalangan di Persiaran Paya Terubong 2, di sini, hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku akibat lori berkenaan yang melebihi had ketinggian dibenarkan, merempuh papan tanda dan tumbang menghempap bahagian depan lori terbabit.

Mangsa S Kumaravelan, 48, yang tersepit di tempat duduk pemandu, disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di lokasi.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong Khairul Anuar Abdul Rahim berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan pada 3.20 petang.

Pamandu lori maut, papan tanda tumbang atas lori

Katanya, anggota yang turut dibantu pasukan dari BBP Bayan Baru, bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan.

“Ketika tiba di lokasi, didapati kemalangan membabitkan sebuah lori muatan barang seberat lima tan dan terdapat seorang lelaki yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

“Anggota kemudian mengambil masa kurang 10 minit bagi mangsa mengeluarkan yang tersepit menggunakan peralatan khas,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Khairul Anuar, mangsa yang disahkan meninggal dunia diserah kepada polis bagi tindakan lanjut.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tujuan bedah siasat.

Pamandu lori maut, papan tanda tumbang atas lori

Difahamkan laluan berkenaan adalah bagi kegunaan kenderaan ringan dengan had ketinggian tidak melebihi 2.6 meter.

Sementara itu, rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, dia bergegas ke lokasi sebaik mengetahui kemalangan itu.

Katanya, mangsa yang tinggal di Simpang Ampat, Seberang Perai itu adalah bapa kepada dua anak.

“Saya dan mangsa pernah bekerja sebagai pemandu bas kilang bagi tempoh yang agak lama dan tidak tahu sejak bila menjadi pemandu lori.

“Dia rakan yang baik dan kematiannya amat mengejutkan,” katanya ketika ditemui di lokasi, di sini.

Baca Lagi:
Artis terkenal kena tangkap khalwat lagi dirumah sendiri
Pengasas Restoran Syed Bistro, Syed Kadir Syed Mahamad meninggal dunia
Satu Ipoh kena scam dengan budak sekolah 9 tahun
CATEGORIES