Warga asing guna ilmu pukau, pembantu klinik haiwan serah duit tanpa dipaksa

Warga asing guna ilmu pukau, pembantu klinik haiwan serah duit tanpa dipaksa

Warga asing guna ilmu pukau, pembantu klinik haiwan serah duit tanpa dipaksa. Polis sedang mengesan lelaki warga asing didakwa memukau seorang wanita sehingga mangsa menyerahkan sekeping wang RM100 tanpa dipaksa di sebuah klinik haiwan di Seri Kembangan, di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalangan berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa, seorang wanita tempatan yang bekerja sebagai pembantu klinik pada Selasa.

“Mangsa mendakwa pada jam 5.48 petang telah datang seorang lelaki disyaki warga asing memakai pelitup muka telah mengambil makanan kucing berharga RM11.

“Semasa membuat pembayaran suspek menunjukkan sekeping wang RM100 lalu berkata dia tiada wang kecil dan seolah-olah dipukau mangsa memberikan sekeping wang RM100 kepada suspek,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Warga asing guna ilmu pukau, pembantu klinik haiwan serah duit tanpa dipaksa

Anbalangan berkata, mangsa hanya menyedari kejadian itu berlaku selepas suspek beredar dari premis bersama makanan kucing berkenaan.

Katanya, semakan mendapati tiada kejadian sebelum ini berlaku menggunakan modus operandi sama dilaporkan dalam daerah Serdang.

“Jumlah kerugian kes ini sebanyak RM111 dan jika ada mangsa lain pihak polis sarankan untuk membuat laporan di balai terdekat.

“Sekiranya masyarakat mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek seperti dlm gambar boleh hubungi pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang atau mana-mana balai polis berdekatan,” ujar beliau.

Baca Lagi:
Kes wanita pakai ihram rupanya sudah selesai tanpa pendakwaan
PRU15: ‘Saya akan bertanding di kerusi pengkhianat’ – Anwar Ibrahim
Pemandu lori maut, papan tanda tumbang atas lori
CATEGORIES