Budak lelaki kritikal diliwat sepupu sendiri, alat sulit disumbat dengan batang kayu

Budak lelaki kritikal diliwat sepupu sendiri, alat sulit disumbat dengan batang kayu

Budak lelaki kritikal diliwat sepupu sendiri, alat sulit disumbat dengan batang kayu. Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas dirogol dan dipukul beramai-ramai oleh sepupu dan tiga rakannya yang masih di bawah umur dalam satu kejadian di Seelampur, India.

Budak lelaki jadi mangsa ‘rogol’

Budak lelaki kritikal diliwat sepupu sendiri, alat sulit disumbat dengan batang kayu
Gambar hiasan

Mangsa yang baru berusia 12 tahun itu dipercayai dipukul menggunakan kayu dan batu-bata oleh keempat-empat suspek. Lebih mengejutkan apabila mereka melakukan serangan fizikal ke atas mangsa sebelum memasukkan sebatang kayu ke dalam alat sulitnya. Difahamkan, perbuatan keji itu hanya terbongkar selepas mangsa dimasukkan ke hospital akibat kecederaan parah.

Pada 22 September lalu, pihak Hospital Lok Nayak Jai Prakash Narayan (LNJP) memaklumkan kepada pihak polis bahawa terdapat seorang kanak-kanak lelaki dimasukkan ke hospital kerana serangan fizikal. Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis New Delhi, Sanjay Sain, hasil siasatan awal mendapati, keempat-empat suspek berusia dalam lingkungan 10 hingga 12 tahun dan kesemua mereka adalah sepupu dan rakan-rakan mangsa.

Budak lelaki kritikal diliwat sepupu sendiri, alat sulit disumbat dengan batang kayu

Dua suspek ditahan

Menurut sumber, pada awalnya ibu bapa mangsa enggan memberikan kenyataan walaupun Pegawai Penyiasat (IO) menghubungi mereka secara berkala.

Pasukan polis kemudian tiba di hospital dan bertemu ibu bapa kanak-kanak itu, tetapi mereka enggan memberikan sebarang kenyataan. Selepas itu, polis membuat sesi kaunseling untuk mangsa dan ibu bapanya.

Semasa sesi kaunseling, ibu bapa mangsa mendedahkan bahawa tiga hari lalu iaitu pada 18 September, anaknya telah diserang secara fizikal dan diliwat oleh tiga rakannya.

Difahamkan, kesihatan mangsa dikatakan berada dalam keadaan tidak baik dan mangsa mungkin tidak dapat diselamatkan. Kes ini masih dalam siasatan dan setakat ini, dua daripada empat suspek telah ditahan namun masih belum didakwa.

Baca Lagi:
Artis terkenal kena tangkap khalwat lagi dirumah sendiri
Satu Ipoh kena scam dengan budak sekolah 9 tahun
Amaran! MetMalaysia jangka lebih 10 juta rakyat Malaysia bakal terkesan banjir akhir tahun ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *