[VIDEO] Dua juruterbang maut pesawat terhempas di atas gunung berapi

[VIDEO] Dua juruterbang maut pesawat terhempas di atas gunung berapi

[VIDEO] Dua juruterbang maut pesawat terhempas di atas gunung berapi. Sebuah pesawat dilaporkan terhempas di atas sebuah gunung berapi sekali gus membunuh dua juruterbang yang ditugaskan untuk memadamkan kebakaran di kawasan itu, lapor akhbar Daily Star semalam.

Seorang saksi merakam detik kejadian di mana pesawat Canadair itu terhempas ketika melepaskan air untuk memadamkan kebakaran di Gunung Etna, wilayah Sicily, Itali pada Khamis lalu.

Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 118 orang kemudian menemui seorang juruterbang dan komander yang maut selepas pesawat mereka terhempas di gunung berapi itu, dekat bandar Linguaglossa.

[VIDEO] Dua juruterbang maut pesawat terhempas di atas gunung berapi

Media tempatan mendakwa, lambung pesawat itu terlanggar lereng dinamakan Monte Calcinera sebelum berpusing dan terhempas. Pegawai masih belum mengesahkan punca sebenar nahas terbabit.

Penerbangan itu berlepas dari Lamezia Terme selepas mengisi minyak di Giarre, demikian menurut laman berita Emergency Live sambil menamba, pasukan bomba Linguaglossa adalah antara yang berada di tempat kejadian.

Sebuah helikopter AW 139 ‘Drago 146’ dihantar untuk membantu siasatan.

Baca Lagi:
Penampakan hantu di bawah bangunan menara KLCC, ‘siap pegang anak’
Lebih 40,000 peniaga burger di Malaysia bakal gulung tikar
Bapa kejam pukul anak dengan penyangkut baju sehingga lengan anak terpaksa di potong
CATEGORIES