Lebih 40,000 peniaga burger di Malaysia bakal gulung tikar

Lebih 40,000 peniaga burger di Malaysia bakal gulung tikar

Lebih 40,000 peniaga burger di Malaysia bakal gulung tikar. Lebih 40,000 peniaga burger di seluruh negara berdepan dilema untuk meneruskan perniagaan ma­sing-masing selepas berdepan kenaikan bahan utama iaitu ‘patti’ daging dan ayam yang dibekalkan pengeluar utama Malaysia.

Ketika ini, rata-rata peniaga terpaksa menyerap keuntungan ekoran kenaikan harga bara­ngan berkenaan sejak 15 Oktober lalu,.

Selain itu, ada yang terpaksa menaikkan harga jualan kerana tidak lagi mampu menampung kerugian dan margin keuntungan yang kecil setiap hari ini.

Kenaikan antara 80 sen hingga RM1 bagi setiap peket da­ging dan ayam berat 70 gram (g), 60g dan 50g itu menyebabkan peniaga terpaksa menaikkan harga jualan untuk burger biasa mencecah sehingga RM5, namun ia bergantung kepada saiz patti digunakan.

Bagaimanapun, tindakan menaikkan harga itu mengundang risiko kerana boleh menyebabkan pelanggan lari dan memilih membuat pembelian yang lebih berbaloi tanpa mengira nasib dan untung rugi peniaga burger yang terpaksa berdepan ke­naikan harga.

Lebih 40,000 peniaga burger di Malaysia bakal gulung tikar

Ketika ini, bukan harga patti sahaja yang memeningkan kepala peniaga burger jalanan ini, malah mereka turut berdepan krisis kekurangan bekalan dan kenaikan harga telur bagi menyediakan burger special serta ‘benjo’ yang menggunakan telur.

Seorang peniaga burger yang mahu dikenali sebagai Azlan, 37, berkata, kenaikan harga bahan-bahan utama seperti patti da­ging dan ayam, telur, sayur-sa­yuran serta roti sejak sebulan lalu menyebabkan ramai peniaga ‘pening kepala’ untuk meneruskan perniagaan.

“Untuk patti ayam dan da­ging serta roti harga naik sejak 15 Oktober lalu. Sebelum ini untuk satu pek patti daging 70g harganya dalam RM6.20 namun kini sudah naik sehingga RM7.60, memang ia merunsingkan peniaga kecil seperti kami.

“Mahu tidak mahu, kami terpaksa menaikkan harga jualan contohnya harga burger da­ging biasa, sebelum ini dijual pada harga RM3.50, namun kini dijual dalam anggaran harga RM3.80 sehingga RM4 dan ja­ngan terkejut jika ada yang jual sehingga RM5.

“Kami peniaga terpaksa menaikkan harga, jika tidak kami terpaksa menanggung kerugian dan akhirnya yang jana keuntungan hanya pengeluar sahaja dan kita bekerja untuk kayakan mereka,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Ketika ditanya kenapa tidak bertukar kepada patti jenama lain, Azlan berkata, ‘tekak’ rak­yat Malaysia sudah biasa dengan patti jenama tempatan tersebut dan jika tukar jenama, ia lebih mengundang risiko untuk pe­langgan sedia ada ‘lari’.

“Apabila harga jualkan dinaik­kan, apa yang berlaku ialah kuantiti jualan saya merosot. Dahulu boleh jual sehingga 200 biji burger untuk satu malam tetapi sekarang nak mencecah 100 biji pun agak susah. Orang sudah berkira-kira mahu beli burger tepi jalan,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Hafiz Hitmi, 38 berkata, ramai rakan-rakan yang sebelum ini membuat kerja sambilan menjual burger terpaksa berhenti berniaga kerana margin keuntungan kecil dan kini mencari pendapatan tambahan dengan jadi penghantar makanan.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia kumpulan ‘Geng Burger Malaysia’ dan ‘Peniaga Burger Semalaya’ di laman Facebook mendapati, rata-rata ahlinya mengeluh dengan kenaikan harga berkenaan namun terpaksa memilih jenama yang sama kerana diminati pelanggan.

“Saya cuba menggunakan jenama lain, tetapi pelanggan dapat tahu. Rasanya lain dan tidak seperti jenama selalu yang digunakan. Untuk jaga pelanggan, saya terpaksa kembali ke jenama asal. Mahal pun terpaksa demi pelanggan,” kata seorang ahli di Geng Burger Malaysia.

Baca Lagi:
Pasangan Gay beromen dalam surau di Banting
Bantuan E-Wallet khas untuk rakyat Malaysia RM200
Tarikh pelancaran kereta Proton S50 di Malaysia
CATEGORIES