Bapa kejam pukul anak dengan penyangkut baju sehingga lengan anak terpaksa di potong

Bapa kejam pukul anak dengan penyangkut baju sehingga lengan anak terpaksa di potong

Bapa kejam pukul anak dengan penyangkut baju sehingga lengan anak terpaksa di potong. Sekumpulan doktor di Nigeria terpaksa memotong lengan seorang bayi berusia dua bulan gara-gara didera dengan kejam oleh bapanya sendiri selepas dikatakan tangisan anaknya mengganggu dia tidur.

Menurut ibu bayi malang itu, Favour Chikwe, 20, suaminya bertindak menyerang anak mereka yang diberi nama Miracle dengan penyangkut baju plastik kerana tidak tahan mendengar tangisannya.

Lelaki berkenaan, Confidence Amatobi, 31, dikatakan memukul lengan kanan Miracle sekuat hati tanpa belas kasihan ketika isterinya keluar sebentar.

Chikwe yang terdengar tangisan bayinya bergegas masuk ke rumah dan mendapati tangan kanan anak kecil itu membengkak dan tulangnya patah akibat pukulan kuat itu.

Bapa kejam pukul anak dengan penyangkut baju sehingga lengan anak terpaksa di potong

“Apabila menyedari dia telah mematahkan tangan anak kami, dia cuba menggunakan kayu dan gelang getah untuk ‘mengikat’ tulang yang patah itu.

“Saya memarahinya tetapi dia terus mengurung kami di dalam bilik untuk menghalang saya daripada memberitahu sesiapa tentang perbuatan jahatnya itu. Dia juga merampas telefon bimbit saya supaya saya tidak boleh menghubungi jiran-jiran untuk meminta tolong,” kata Chikwe.

Wanita itu kemudian berjaya mendapatkan pertolongan untuk menghantar anaknya ke hospital dan membuat laporan polis terhadap suaminya.

Pakar Pediatrik, Dr. Chiedozie Mbalewe berkata, pihaknya terpaksa memotong lengan Miracle bagi menyelamatkan nyawanya selepas tangan bayi itu sudah kebiruan dan mengeluarkan bau busuk.

Pasukan polis di Imo kini sedang berusaha menahan Amatobi yang dilaporkan melarikan diri ekoran kejadian itu.

Menurut tinjauan keganasan kanak-kanak di Nigeria yang dibangunkan oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), 90 peratus kanak-kanak berumur antara 1 hingga 14 tahun di negara ini berdepan sekurang-kurangnya satu bentuk disiplin ganas oleh penjaga sepanjang tahun lalu.

Baca Lagi:
Gitaris tersohor Man Kidal diisytihar muflis
Ramai yang belum tahu kisah pengakhiran wanita tercantik pada zaman dinasti Firaun 5000 tahun dahulu
Lebih 40,000 peniaga burger di Malaysia bakal gulung tikar
CATEGORIES