Ustaz terkejut isteri arwah merayu minta kurangkan upah urus jenazah suami, rupanya ejen caj harga pergi haji balik hari

Ustaz terkejut isteri arwah merayu minta kurangkan upah urus jenazah suami, rupanya ejen caj harga pergi haji balik hari

Ustaz terkejut isteri arwah merayu minta kurangkan upah urus jenazah suami, rupanya ejen caj harga pergi haji balik hari. Tangisan waris menjadi lumrah setiap kali berlakunya kematian, termasuk ketika proses menguruskan dan pengebumian jenazah.

Bagi mereka yang terlibat dalam menguruskan jenazah, pada masa waris mula merayu atau meminta bantuan, pasti terbit rasa sedih dan sayu di hati.

Itulah yang dirasai oleh Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), Muhammad Rafieudin Zainal Rasid, apabila didatangi oleh seorang balu ketika sedang memandikan jenazah suaminya di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Ustaz terkejut isteri arwah merayu minta kurangkan upah urus jenazah suami, rupanya ejen caj harga pergi haji balik hari

“Isterinya yang kelihatan sedih datang kepada saya. Ada sehelai kain tuala kecil yang basah tersangkut di bahunya. Mungkin kesan air matanya yang terus bercucuran.
“Katanya dengan perlahan… ustaz, bolehkah saya meminta kurang sedikit kos pengurusan jenazah arwah suami saya ini? Saya tidak mempunyai wang yang mencukupi, ustaz,” katanya yang lebih dikenali sebagai Ustaz Rafie.

Namun, dalam hati Ustaz Rafie, timbul rasa kesal kerana selama ini rupanya terdapat individu yang tidak bertanggungjawab memanfaatkan khidmatnya.

“Ya Allah, terima kasih banyak ustaz. Saya tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkannya. Saya benar-benar dalam keadaan terdesak. Dulu sebelum arwah sakit, dia seorang yang bekerja,” kata si balu dengan tangisannya yang semakin kuat.

Terus menceritakan, Ustaz Rafie berkata dia kemudian didatangi oleh ejen dari bilik mayat dalam keadaan marah ketika dia sedang mengemas bilik jenazah.

“Kenapa kau cakap tak payah bayar apa-apa? Habis tu macam mana aku nak bayar budak dalam? Dia meninggikan suara pada saya.

“Waktu itu saya memang dah angin satu badan, tercalar rasa maruah diri. Saya katakan selama ini aku terima RM250 saja dari korang! Aku ingat kau ni nak bantu mudahkan urusan keluarga arwah, tapi rupanya ambil kesempatan kat mereka pula.

“Waris cakap kau caj dia RM850. Melampau betul korang makan duit waris sampai RM600 lebih tinggi daripada aku! Modal kau cuma telefon aku je, kain kafan semua aku sediakan. Kau tak takut azab Allah ke?” katanya dengan nada geram dan kecewa.

Tidak cukup sekadar itu, ejen tersebut mula mengugutnya untuk tidak mahu mengambil khidmatnya menguruskan jenazah pada masa akan datang.

“Rezeki aku tetap ada Allah yang tentukan. Harap satu hari nanti Allah bagi hidayah pada kau dengan semua yang terlibat biar sedar diri sebelum mati.

“Sepatutnya menguruskan orang mati ni bagi korang lebih keinsafan. Tapi rupanya makin mematikan hati korang pula. Bertubi-tubi saya ceramahkan dia. Dia terus pergi meninggalkan saya dalam keadaan marah,” tambahnya.

Bercakap kepada mStar, Ustaz Rafie mengakui hilang sabar pada hari tersebut, malah menangis mengenangkan nasib waris-waris lain yang menjadi mangsa kerakusan dan ketamakan individu atau kumpulan ejen yang tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, urusan pengurusan jenazah adalah hak waris untuk menentukan siapa yang menguruskannya.

Oleh itu, katanya, setiap waris perlu bertanya kepada pihak pengendali urusan jenazah tentang segala butiran terperinci termasuk kos yang terlibat dan perlu dipersetujui bersama terlebih dahulu.

“Jika tidak, waris kemungkinan akan dikenakan caj yang berlebihan dan tidak masuk akal. SPJM juga menetapkan kadar tertentu dalam pengurusan jenazah mengikut kadar yang ditetapkan kariah atau hospital.

“Namun bagi pihak waris yang tidak berkemampuan, segala urusan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak SPJM. Mereka hanya perlu memaklumkan kepada kami sekiranya tiada wang atau kurang berkemampuan.

“Apa yang penting adalah urusan jenazah perlu diselesaikan segera terlebih dahulu. Itu prinsip kami,” kata Ustaz Rafie.

Asbab kisah ini mencetuskan idea untuk menubuhkan kumpulan pengurusan jenazah yang dahulunya digelar ‘Geng Mandi Mayat’ sehingga berdaftar secara rasmi sebagai badan bukan kerajaan (NGO) dengan nama Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) pada 2018.

“Bermacam strategi yang saya aturkan untuk menaikkan nama SPJM agar dikenali di mata masyarakat dan dapat membantu lebih ramai orang.

“Jatuh, bangun, dikhianati, difitnah, diugut itu semua adalah mehnah (ujian/kesusahan) dalam perjuangan. Bagi saya yang penting Allah tahu niat saya,” ujar Ustaz Rafie.

Baca Lagi:
Helikopter TLDM terhempas: Status WhatsApp Komander Firdaus sebelum kejadian buat ramai sebak
Wanita dihukum penjara 10 tahun selepas mengaku bersalah simbah OKU dengan air panas
Ilmu beras dan bubuk, ini cara mudah nak kenal pasti beras import atau beras tempatan
CATEGORIES