“Ini Malaysia, Perdana Menteri pun boleh masuk penjara”- Zul Ariffin terkejut dialog ‘panas’ boleh lepas masuk dalam filem Sheriff

“Ini Malaysia, Perdana Menteri pun boleh masuk penjara”- Zul Ariffin terkejut dialog ‘panas’ boleh lepas masuk dalam filem Sheriff

“Ini Malaysia, Perdana Menteri pun boleh masuk penjara”- Zul Ariffin terkejut dialog ‘panas’ boleh lepas masuk dalam filem Sheriff. “INI Malaysia Naz, Perdana Menteri pun boleh masuk penjara…”

Itu merupakan salah satu dialog ‘panas’ antara aktor Zul Ariffin sebagai Sheriff dan Syafiq Kyle (Naz) dalam salah satu babak filem Sheriff: Narko Integriti yang mendapat perhatian ramai.

Ramai yang kagum dengan keberanian Syafiq Yusof selaku pengarah dan Zul sendiri yang melafazkan kata-kata tersebut.

"Ini Malaysia, Perdana Menteri pun boleh masuk penjara"- Zul Ariffin terkejut dialog 'panas' boleh lepas masuk dalam filem Sheriff

Bagi Zul, atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 37 tahun, sebagai pelakon, dia juga merasa terkejut apabila dialog tersebut diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

“Saya awalnya terkejut (dengan dialog panas) ‘betulkah Syafiq…’ tetapi selepas menonton trailer, saya berkata: ‘betulkah, ini boleh lulus’.
“Pertama, saya fikir dialog itu hanya terdapat dalam trailer, tetapi bukan dalam filem.

Zul menyatakan demikian ketika ditemui pada Malam Gala Filem Sheriff: Narko Integriti di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah lagi, pelakon berusia 37 tahun itu, Syafiq juga telah bersedia dengan cadangan alternatif sekiranya skrip yang mengisahkan cerita kepolisan itu gagal diluluskan pada sesi tapisan selepas dihantar untuk semakan oleh Unit Bahagian Komunikasi, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, Kuala Lumpur.

“Sebenarnya, pengarah telah merakam beberapa babak lain sebagai langkah berjaga-jaga untuk menggantikan dialog tersebut jika ia tidak mendapat kelulusan untuk ditayangkan,” jelasnya.

Selain Zul, watak-watak dalam Sheriff juga dilakonkan oleh pelakon seperti Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan, Sharuddin Tamby, Amir Nafis, Kodi Rasheed, Hazama, dan Azri Iskandar.

Apabila diminta memberi pandangan mengenai persediaan yang telah dilakukan untuk memerankan watak utama tersebut, Zul menyatakan bahawa watak tersebut tidaklah terlalu sukar untuk dihidupkan.

Zul berkata, mudah baginya untuk membawa watak seorang yang sarkastik terutamanya apabila dia diminta oleh pengarah untuk memenuhi kehendak skrip.

“Saya tidak suka membawa watak gangster kerana terlalu mencuba untuk kelihatan jahat, tetapi jika sekadar bersahaja menjadi sarkastik, semua orang boleh merasainya,” katanya.

Baca Lagi:
Wanita dihukum penjara 10 tahun selepas mengaku bersalah simbah OKU dengan air panas
“Baru 3 bulan lepas kena, ini kali kedua kena”- Wanita tunjuk objek pelik seperti ‘Jenglot’ di bawah alas kaki tempat duduk belakang
Ilmu beras dan bubuk, ini cara mudah nak kenal pasti beras import atau beras tempatan
CATEGORIES