“Tetamu kayangan makan atas pinggan ‘set blossom’, aku tetamu marhein makan atas pinggan pakai buang je tuan rumah hidang”

“Tetamu kayangan makan atas pinggan ‘set blossom’, aku tetamu marhein makan atas pinggan pakai buang je tuan rumah hidang”

“Tetamu kayangan makan atas pinggan ‘set blossom’, aku tetamu marhein makan atas pinggan pakai buang je tuan rumah hidang”. #Foto sekadar hiasan. Hai pembaca semua. Aku gelarkan diri sebagai Nunha. Sebab tengah viral kan nama tu so cilok la sikit. Luahan ni santai – santai je. Bukan untuk jatuh hukvm atau salahkan sesiapa. Kalau rasa baik ikut, kalau buruk jangan. Santai- santai pun macam panjang je..

Ok aku kongsikan pengalaman sebagai tetamu dulu yer. Aku ni kalau boleh tak nak cerita berat sebelah tau. Sebab aku pun pernah gak jadi tuan rumah dan tetamu yang hansuang. Jom aku cerita.

Tuan rumah kerek. Tak tau la nak cakap kerek ke apa. Tapi masa tu aku bawak anak kecik dalam umur 2 tahun macam tu pergi open house. Open house tu jemput kawan – kawan sekerja dan buat dekat rumah kawan aku di tingkat 3.

"Tetamu kayangan makan atas pinggan 'set blossom', aku tetamu marhein makan atas pinggan pakai buang je tuan rumah hidang"

Lepas tu mak tuan rumah tu cakap ke sound ke tak tau la sebab masa tu aku tengah berborak. Dia suruh aku tengok anak aku. Dia cakap tengok sikit anak tu. Anak ko boleh tahan jugak nampaknya tu. Masa tu anak aku tengah nak capai barang.

Ok la aku salah. Sebab ‘biar’ anak melasak. Tapi masa tu aku lepas dia kejap sebab nak ambik makanan. Korang tau lah bila anak baru dapat kaki ni laju dia macam mana. Hahah. Tengah lalu celah – celah tetamu, kawan tegur.

Jadi aku pun sembang la kejap. Mungkin mak dia salah faham ingat aku borak lama. Tapi sentap la jugak orang tegur macam tu. Makan sikit lepas tu balik.

Tuan rumah kekwat. Dia akan memerhatikan pergerakan anak kita dengan pandangan yang nak marah, tapi kena sabar. Haha. Aku mula – mula dah suruh anak duk diam sebelah aku. Aku bagi handphone suruh main.

Jangan salah faham yer. Tolak tepi bab adab ke komunikasi ke, tapi ni sebab aku tahu perangai anak aku macam mana. So aku terpaksa bagi handphone untuk dia duk diam. Tapi tuan rumah panggil – panggil suruh anak aku main dengan anak dia pulak.

Bila anak – anak tu dah lari sana sini, naik atas sofa, masuk bawah meja (sebab kejar anak dia yang sama – sama naik perangai), mula la tuan rumah mata tak tentu arah. Aku panggil anak pun tak jalan dah. Budak – budak dapat main tau la macam mana.

Bila mainan anak tuan rumah rosak, tuan rumah siap cakap dengan tinggi suara ‘ha siapa buat ni. Habis patah dah ni’ Alamak, dorang main sama – sama tadi. Tak perasan pulak siapa yang patahkan. Aku kalau dengar macam tu aku cakap je, berapa mainan tu, tak apela aku ganti. Eh tak nak pulak. Tapi aku bagi je duit kat anak dia sambal cakap nanti beli yang baru yer. Harap lepas tu dia tak buat status wasap kutuk aku. Hihihi.

Pamer hiasan. Tak ada kaitan pun dengan cerita kat atas ni tau.. Aku perasan walaupun tak semua. Ha kang ada orang cakap aku pukul rata pulak. Setiap kali buat open house, time tuuulahh kau nak menayangkan segala perhiasan beli kat London, China, Dubai.

Beli kat Padang Besar tak nak tayang pulak. Perhiasan bukan murah, mahal – mahal ui, kaca – kaca, seramik eh macam – macam la. Letak pulak di kawasan tetamu nak lalu Lalang, adoi seram aku kalau pergi open house macam ni.

Jenuh nak ganti kalau terlanggar. Lepas tu tuan rumah claim anak tetamu melasak sampai habis barang hiasan dorang. Dah hiasan ko menggamit pandangan dorang. Dia macam ni tau, samada kau jemput orang dewasa sahaja dan kanak – kanak tak dibenarkan (wah kejam haha) atau ko simpan la kejap barang hiasan tu elok – elok dekat tempat selamat sepanjang majlis tu. Kau buat je video tour rumah ko pos kat fb/ig. Kawan tak perasan? Ha ko tag la dorang terus HAHAHA.

Double standard. Aku tetamu marhein, hidang pakai pinggan pakai buang. Datang tetamu kayangan set blossom tuan rumah hidangkan. Kenapa yer? Untuk husnozon aku akan fikir tuan rumah tak nak susahkan aku untuk basuh pinggan lepas makan.
Tetamu kayangan kena basuh pinggan. Padan muka. HAHAHA. Dua kali aku kena macam tu. Satu lagi rumah ‘saudara’ dekat aku. Bukan open house cuma buat ‘makan – makan’ sikit. Jangan kata pinggan, sudu pun tak nampak.

Tapi tadi suruh aku pergi makan. Jadi aku kena makan pakai niat ke macam mana ni. Tapi kawan – kawan sekerja datang cantik tersusun set pinggan mangkuk mahal. Takkan la aku nak buat selamba bukak almari cari pinggan walaupun rumah saudara rapat. Rapat pun bukan tiap hari datang rumah dia makan. Setahun sekali pun tak. Eh balik kang kata tak sudi pulak nak makan.

Makanan habis. Ni kalau komplen macam tak sesuai pulak. Kesian tuan rumah dan tetamu terkulat – kulat kalau makanan habis. Samada tuan rumah jemput ramai dan tak selari dengan jumlah tetamu yang dijemput atau tetamu makan banyak tak ingat dunia.

Maklumlah sedap sangat kot kan. Huhu. Tapi aku pernah je orang depan rumah datang panggil makan. Tak pasti dia buat open house ke apa. Tapi tetamu ramai. Tapi makanan yang ada bihun kosong kuantiti 1-2 makan. Sup sikit, aksesori yang dah nak habis.

Ok itu je. Tapi banyak kali dia cakap eh kenapa tak makan. Aku takut nak ambik kang habis terus. Dia tambah ke tak nanti? Aku puji kesudian dia datang ajak. Aku pun minum air je lepas tu minta diri. Ok sekarang pengalaman aku sebagai tuan rumah pulak.

Kedai mamak. Hal ini biasa terjadi kalau umi baba aku punya open house. Kawan – kawan umi baba aku ramai. Jadi memang meriah la setiap kali buat open house. Seronok jamu orang makan. Tapi yang tak seronoknya pe’el sesetengah tetamu ni dan umi baba aku pun melayan.

Okay, dia macam ni, focus ye, nanti pening. Contoh pakcik Ali sakit kencing manis jadi baba aku suruh buat air tanpa gula. Datang pulak pakcik Abu tak minum air teh O, kena pulak bancuh teh susu kurang pekat sebab pakcik Abu tak suka pekat.

Datang pulak pakcik Karim suka teh susu pekat. Bancuh lagi yang pekat punya. Muncul pulak pakcik Mawi yang kena sakit gout, tak boleh makan seafood. Jadi awal – awal baba aku ingatkan jangan letak seafood dalam makanan.

Kalau terletak masak yang lain. Kalau dah masak aglio olio.. ha kau fikirlah sendiri macam mana nak buang haiwan laut dalam tu. Tapi bila pakcik Mawi sampai semua benda dia tak nak makan sebab takut. Ooo jem. Tiba – tiba acik Kiah pulak cakap dia tak makan kambing nanti pening kepala.

Dah pulak. Aku dah cedok kot. Ingat aku waiter ke. Eh tau – tau kakak, ada lagi tak sup kambing ni dekat dapur. Acik nak tambah. Mata ke atas aku.. Tapi dalam hati la. Kena piat kalau umi aku nampak kang. HAHAHA.

Di sini, berdirinya aku di sini, aku faham yer bahawasanya kita kena memuliakan tetamu. TAPIII.. ni open house kot. Makan buffet. Semua dah hidang, segala jenis makanan. Sebab kami memang akan masak dan buat air macam – macam jenis. Pilih je mana yang sesuai.

Air pun dah siap, air kosong, air panas, air sejuk, teh o, kopi o. Tak boleh ke untuk hari itu kau makan dan minum je apa yang dihidangkan oleh tuan rumah wahai tetamu yang budiman. Nanti balik kau bancuh la air ikut tekak kau hawau.

Penat tau kita tengah sibuk – sibuk nak layan tetamu, kutip pinggan kotor, tiba – tiba kena masuk dapur ambik order orang. Biasanya lepas masak aku kemas dapur siap – siap bagi tersusun. Yela orang nak datang kan. Tapi bila dah jadi kedai mamak, macam hape dah rupa dapur tu. Baik lepas ambik order aku mintak bayar je. HAHAHA. Gurau.

None of sense. Ni tak tau nak klasifikasikan kes macam mana. Kadang – kadang tetamu datang ada yang bawak anak kecil. Aku faham je. Kalau dorang nak siapkan anak lepas berak ke, mandi ke, aku suruh la masuk dalam rumah ke.. bilik ke, aku bentangkan alas. Tapi kejap – kejap kena panggil.

Kau ada bedak tak? Kau ada sikat gigi tak? Kau ada baby balm jenama tropicana tu tak? Ada pampers size M tak? Ada air panas tak nak bancuh susu anak. Boleh tak dekatkan kipas tu dekat sini. Baby panas. Baik ibu. Sebentar ya ibu. Hihi.. Aku pun ada anak kecil.

Biasanya aku bawa semua kelengkapan anak dari pampers sehingga termos untuk bancuh susu. Kalau tertinggal benda yang tak penting, aku skip dulu. Baliklah cepat-lepas itu, kan? Lepas itu, ada yang dewasa berbaring dalam rumah aku, baik hati pula pergi hulur bantal.

Bila orang itu tidur lena, aku menyumpah pula. Handal betul aku ni. Lagi haru kalau mereka pergi tengok bola pula. Meriah rumah macam stadium. Tapi bila nak balik? Aku nak kemas ni. Okaylah, sekian sahaja untuk kali ini. Tadi rasa macam banyak nak luah tapi aku lupa pulak. Enjoy reading. Terima kasih ya. – Nunha (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Pida Pidot: Tambahan sikit.. kalau anak kencing.. pastikan buang najis siap-siap dalam tandas dan baru bungkus plastik dan buang dalam bakul sampah tuan rumah. Jangan dengan najis-najis balut dalam plastik. Haha.. takdela rumah tuan rumah semerbak bau. Sebab saya tuan rumah memang praktikkan dari anak sulung sampai sekarang anak bongsu. Harap tetamu pun boleh buat.

Rabiatul Adawiah Ahmat: Selalu terkena bila tetamu datang rumah lepas itu nak mandi, nak berak, tiba-tiba nak mandikan anak tapi tak bawak tuala mandi, kita pun bagi pinjam, eh lepas itu anak yang lain nak mandi tapi tak nak kongsi tuala mandi, nak yang bersih pula, kita pun bagi. Begitu seterusnya.

Esoknya berderet aku sidai tuala mandi macam kedai dobi. Ada lagi satu jenis mak-mak pemalas ni kenapa eh asal tukar pampers kat rumah orang, tak boleh ke berjalan lebih sikit ke tong sampah tu, buanglah pampers busuk tu kat sana, ini tidak, aku jumpa bawah katil, bawah sofa, kalau dalam bilik mandi 2/3 keping pampers busuk tu. Jadi kerja aku la kutip dan cari kot-kot ada pampers busuk macam harta karun. Gerammmm.

Rozita Abdullah: Realiti hidup macam itu lah.. banyak orang banyak ragam. Tetapi sebagai manusia yang telah melalui pelbagai pengalaman menjadi tetamu atau menjadi tuan rumah, jadikan iktibar supaya masa akan datang, kita menjadi tetamu atau tuan rumah yang disenangi.

Baca Lagi:
Selepas kecoh isu stoking dan tapak kasut, alas kaki ada gambar Kaabah pula dijual di pasar raya Johor
Individu ini teruk kena kecam selepas suruh puasa 30 hari sebab anak bulan dilihat guna teleskop
“Dengan budak pun nak berkira ke?”- Lelaki ini beri nasihat selepas dapat tahu anak dapat duit raya RM3
CATEGORIES