Selepas kecoh isu stoking dan tapak kasut, alas kaki ada gambar Kaabah pula dijual di pasar raya Johor

Selepas kecoh isu stoking dan tapak kasut, alas kaki ada gambar Kaabah pula dijual di pasar raya Johor

Selepas kecoh isu stoking dan tapak kasut, alas kaki ada gambar Kaabah pula dijual di pasar raya Johor. Selepas kontroversi yang melibatkan isu stoking dan tapak kasut yang didakwa menghina agama Islam kerana terdapat kalimah Allah, kini terdapat kehebohan baru berkaitan dengan penjualan alas kaki yang mengandungi gambar Kaabah di sebuah pasar raya di Batu Pahat, Johor.

Berikutan aduan daripada orang awam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) telah mengambil tindakan dengan merampas 11 pasang alas kaki dari pasar raya tersebut, satu hari sebelum Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini.

Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, mengesahkan bahawa pasar raya tersebut telah dipanggil untuk memberi penjelasan dan diberi amaran supaya lebih berhati-hati terhadap produk jualan yang boleh menimbulkan sensitiviti di kalangan masyarakat.

Selepas kecoh isu stoking dan tapak kasut, alas kaki ada gambar Kaabah pula dijual di pasar raya Johor

Tindakan pemeriksaan dan pemantauan sebenarnya telah dijalankan sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri berikutan aduan orang awam, selain ia menjadi viral di media sosial.

“Hasil daripada pemeriksaan, sebanyak 11 pasang alas kaki yang mengandungi gambar Kaabah telah dirampas dan pemantauan masih diteruskan di seluruh negeri,” katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa tiada kenyataan dikeluarkan sebelum ini bagi menghormati sambutan Hari Raya Aidilfitri serta untuk meredakan kebimbangan orang ramai.

Sebelum ini, seorang pengguna media sosial menyuarakan kehairanan apabila menjumpai alas kaki yang dijual di sebuah pasar raya mempunyai gambar Kaabah.

“Saya fikir ia sejadah kerana terdapat gambar Kaabah, tetapi sebenarnya ia adalah alas kaki untuk lap kaki,” katanya.

Perkongsian individu tersebut kemudian menjadi viral di media sosial dengan ramai pengguna menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan segelintir pihak yang didakwa kurang sensitif terhadap agama Islam.

Baca Lagi:
“Dengan budak pun nak berkira ke?”- Lelaki ini beri nasihat selepas dapat tahu anak dapat duit raya RM3
Lelaki ini ‘diselamatkan’ Tesla, kereta pandu sendiri sejauh 13 batu ke hospital
Individu ini teruk kena kecam selepas suruh puasa 30 hari sebab anak bulan dilihat guna teleskop
CATEGORIES