Individu dari Group Terengganu dakwa ada kalimah Allah pada baju ‘We Bare Bears’, sekali kena kecam berjemaah dengan netizen

Individu dari Group Terengganu dakwa ada kalimah Allah pada baju ‘We Bare Bears’, sekali kena kecam berjemaah dengan netizen

Individu dari Group Terengganu dakwa ada kalimah Allah pada baju ‘We Bare Bears’, sekali kena kecam berjemaah dengan netizen. Tindakan seorang individu yang cuba membangkitkan isu penyalahgunaan kalimah Allah di media sosial baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi netizen.

Ini berikutan dakwaan yang tular itu ternyata tidak benar dan palsu kerana pakaian Cheetah yang berkolaborasi dengan kartun We Bare Bears hanyaah sekadar huruf biasa, bukannya kalimah Allah seperti yang didakwa.

Terdahulu individu terbabit menyebarkan dakwaan tersebut di Facebook Kuala Terengganu Residen.

Individu dari Group Terengganu dakwa ada kalimah Allah pada baju 'We Bare Bears', sekali kena kecam berjemaah dengan netizen

“Saya nak bagi tahu semua warga Terengganu. Kalau nak beli baju anak-anak dekat KTCC tu, molek-molek sikit. Ini kena di batang hidung saya sendiri masa beli tak tengok molek tep (tag) di baju.
“Baju ini saya beli dekat KTCC bahagian Pacific. Cuba setmung tengok molek lambang tu, memang betul nama Allah SWT,” katanya yang merujuk kepada perkataan ‘We’ (kami) dalam jenama tersebut.

Individu dari Group Terengganu dakwa ada kalimah Allah pada baju 'We Bare Bears', sekali kena kecam berjemaah dengan netizen

Di media sosial, netizen mengecam individu terbabit yang menganggap dia terkeliru dengan huruf ‘W’ dengan kalimah Allah.

“Dia melawak ke betul-betul ni? Ya Allah, ya Tuhanku. Kurniakan hidayah lapangan hati dan pemikiran mereka ya Allah,” kata netizen.

Komen2 netizen

Untuk pengetahuan, siri animasi We Bare Bears dicipta oleh Daniel Chong untuk Cartoon Network yang mengisahkan tiga beradik beruang yang menetap di San Francisco.

Siri animasi ini berdasarkan komik dalam web Chong dan mula ditayangkan di kaca tv pada 27 Julai 2015.

Baca Lagi:
Isteri tua paling setia, izinkan suami kahwin sampai 28 kali, kini tidur sebilik dengan isteri muda
Lelaki terkejut makan lemang dah nak habis sebatang hujung-hujung jumpa katak
Pelajar sekolah jumpa wang kertas 1.22 juta won di tengah jalan
CATEGORIES