Penunggang motosikal cedera selepas langgar jalan berlubang dapat ganti rugi RM721,000

Penunggang motosikal cedera selepas langgar jalan berlubang dapat ganti rugi RM721,000

Penunggang motosikal cedera selepas langgar jalan berlubang dapat ganti rugi RM721,000. Seorang penunggang motosikal yang cedera akibat kemalangan ketika melalui jalan berlubang di Pasir Gudang, tiga tahun lalu, berjaya memperoleh ganti rugi sebanyak RM721,000 daripada sebuah syarikat penyelenggara jalan.

Keputusan ini diumumkan selepas Mahkamah Sesyen di sini pada 28 Februari lalu memerintahkan syarikat yang dilantik oleh kerajaan negeri itu untuk membayar kos berkenaan kepada Razali @ Mohd Leey Subeh, 49.

Berdasarkan alasan penghakiman yang dimuat naik dalam sistem kehakiman pada Sabtu lalu, Hakim, Sazlina Safie berkata, Razali selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutannya apabila syarikat terbabit gagal memfailkan sebarang hujahan bertulis atau lisan sehingga tarikh keputusan berkenaan dibuat.

Penunggang motosikal cedera selepas langgar jalan berlubang dapat ganti rugi RM721,000

Katanya, lubang itu masih kekal rosak tanpa sebarang pembaikan sejak kejadian berlaku pada 11 Februari 2021 sehingga kerja-kerja penggalian pada 29 September 2022.
Selain itu, beliau berkata, syarikat berkenaan selaku defendan pertama telah memplidkan kenyataan yang bercanggah, bahawa mereka tidak menjumpai lubang di jalan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, kerosakan didapati wujud akibat kerja-kerja kemudahan awam.

Susulan itu, hakim ini berkata, mahkamah mendapati isu jalan berlubang di tempat kejadian telah dibuktikan dan diakui oleh defendan.

“Tidak dinafikan bahawa kecederaan yang dialami plaintif adalah disebabkan kemalangan antara plaintif dengan kenderaan lain, tetapi jika tidak kerana plaintif terjatuh ke lubang dan hilang kawalan, kemalangan berkenaan tidak akan berlaku.

“Akibat kemalangan tersebut, plaintif mengalami kecederaan di bahu, lengan, jari dan kepala,” katanya.

Beliau berkata, menerusi pembelaan defendan pertama, syarikat itu menyatakan lubang berkenaan bukan di bawah tanggungjawabnya kerana lokasi kejadian melibatkan peranan syarikat utiliti lain berserta subkontraktor yang telah dilantik untuk menyelenggara.

Bagaimanapun, hakim ini berkata, defendan pertama gagal membawa pihak ketiga, kontraktor, atau pihak yang bertanggungjawab terhadap isu berkenaan. Oleh itu, mahkamah percaya defendan telah gagal dalam tugas mereka untuk menyelenggara jalan berkenaan dan mereka bertanggungjawab kepada plaintif di bawah Seksyen 7(3) Akta Prosiding Kerajaan 1956 (GPA).

“Justeru, mahkamah menganugerahkan plaintif RM352,947.33 untuk ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti rugi am,” kata hakim ini.

Pada 11 Februari 2021, Razali dalam perjalanan dari Taman Cendana ke Taman Kota Masai namun terlanggar jalan berlubang di permukaan jalan berkenaan menyebabkan dia terjatuh dan mengalami kecederaan.

Plaintif kemudian memfailkan saman terhadap syarikat berkenaan dan kerajaan negeri sebagai defendan pertama dan kedua.

Bagaimanapun, pada 16 Mei 2022, plaintif telah menarik balik saman terhadap responden kedua (kerajaan negeri).

Berikutan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen itu, syarikat penyelenggaraan itu dilaporkan akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Johor Bharu.

Baca Lagi:
Gunung berapi Erebus di Benua Antartika muntahkan ketulan-ketulan emas kecil setiap hari
Isteri tua paling setia, izinkan suami kahwin sampai 28 kali, kini tidur sebilik dengan isteri muda
Lelaki terkejut makan lemang dah nak habis sebatang hujung-hujung jumpa katak
CATEGORIES