Tandas paling kecil di dunia, boleh simpan dalam poket seluar

Tandas paling kecil di dunia, boleh simpan dalam poket seluar

Tandas paling kecil di dunia, boleh simpan dalam poket seluar. Pernah bayangkan tak keadaan di mana korang sangat desperate ingin ke tandas dan ramai pula orang beratur tunggu giliran?

Untuk menyelesaikan masalah tersebut, sebuah syarikat di Jepun, Kokenawa Inc. telah mencipta tandas terkecil di dunia dan boleh dibawa ke mana-mana, malah boleh disimpan di poket seluar!

Menurut Oddity Central, tandas yang dinamakan Pocketoilet itu telah mendapat idea penghasilannya pada 2019 ketika pengasas syarikat itu, Yoshinori Kokenawa jadi sukarelawan di bandar Nagano yang terjejas akibat Taufan Hagibis.

Tandas paling kecil di dunia, boleh simpan dalam poket seluar

Antara perkara pertama yang disedari Kokenawa ialah orang ramai menghadapi masalah menggunakan tandas kerana perlu beratur panjang.

Meskipun berjalan dengan pantas untuk sampai ke tandas, orang ramai terpaksa beratur sehingga 30 minit atau lebih lama untuk menggunakan tandas. Jadi, saya mahu lakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ini,” katanya.

Lalu pada Disember 2020, syarikat tersebut telah melancarkan Pocketoilet yang boleh dimasukkan ke dalam poket seluar dengan saiz panjang 7cm dan lebar 6.5cm.

Boleh simpan Pocketoilet berisi najis seminggu tanpa bau

Pocketoilet ini terdiri daripada beg yang diperbuat daripada gentian khas, tahan lama dan satu paket bahan pembeku. Ia juga boleh dipasang pada mangkuk tandas atau tong sampah untuk digunakan.

Menerusi beberapa ujian yang dijalankan, syarikat pengeluar juga mendapati bahawa tiada bau yang keluar dari beg tersebut apabila ia dibiarkan dalam tempat tertutup selama seminggu dalam keadaan berisi najis. Uish!

Ia juga boleh disimpan di dalam beg tangan wanita, jadi kami berharap pembeli boleh membawanya walau ke mana-mana sahaja,” jelasnya.

Kini kira-kira 50,000 Pocketoilet telah terjual dan syarikat ini juga menyumbangkan produknya sebanyak 6,000 unit kepada mangsa perang di Ukraine.

So ada yang nak try ke? Dah tak perlu risau nak cari tandas kat mall atau ketika di tengah jalan. Hiks!

Baca Lagi:
Suami isteri terkejut dicaj mahal RM19,297 dua cawan kopi Starbuck
Syarat mohon Bantuan RM10,000 untuk beli motosikal berumur 18 tahun hingga 60 tahun
Siapa tak kenal hartawan Malaysia ini, sanggup habis berpuluh ribu semata-mata bina banglo untuk kucing
CATEGORIES