Warga emas ada ilmu ‘kerohanian’ berkahwin sampai 87 kali

Warga emas ada ilmu ‘kerohanian’ berkahwin sampai 87 kali

Warga emas ada ilmu ‘kerohanian’ berkahwin sampai 87 kali. Seorang warga emas dari Majalengka, wilayah Jawa Barat digelar ‘Raja Playboy’ kerana pernah berkahwin sebanyak 87 kali, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.

Lelaki hanya dikenali sebagai Kaan, 61, itu mengaku sedang merancang untuk perkahwinannya yang ke-88 dengan salah seorang bekas isterinya.

Menurut Kaan, dia tidak dapat menolak bekas isterinya itu untuk kembali kepadanya kerana wanita berkenaan amat ‘tergila-gilakannya’.

Warga emas ada ilmu ‘kerohanian’ berkahwin sampai 87 kali

“Saya merancang untuk berkahwin dengan bekas isteri daripada perkahwinan ke-86. Meskipun sudah lama berpisah, perasaan cinta antara kami masih kuat dan saya enggan mempermainkan perasannya.
“Selama ini juga, dia masih ‘tergila-gilakan’ saya walaupun usia perkahwinan kami dahulu hanya sebulan,” kata Kaan.

Tambah Kaan yang bekerja sebagai petani, dia mula berkahwin sejak berusia 14 tahun dan gadis pertama yang dinikahinya berusia 16 tahun.

1799958 e1676256524399

Menurutnya, disebabkan sikapnya yang kurang baik ketika itu, isterinya meminta agar dia diceraikan selepas perkahwinan mereka bertahan selama dua tahun.

Disebabkan peristiwa tersebut, Kaan mengaku berasa marah kepada bekas isterinya justeru, dia mencari ilmu ‘kerohanian’ untuk membuatkan ramai wanita jatuh cinta kepadanya.

“Namun, saya tidak mahu melakukan perkara yang tidak elok kepada wanita yang saya kenali dan enggan mempermainkan perasaan mereka.

“Daripada membuat maksiat, lebih baik saya berkahwin,” kata Kaan.

Baca Lagi:
70 tahun bernafas guna paru-paru besi
Syarat mohon Bantuan RM10,000 untuk beli motosikal berumur 18 tahun hingga 60 tahun
Siapa tak kenal hartawan Malaysia ini, sanggup habis berpuluh ribu semata-mata bina banglo untuk kucing
CATEGORIES