SPRM tahan reman anak menteri besar Perlis

SPRM tahan reman anak menteri besar Perlis

SPRM tahan reman anak menteri besar Perlis. Anak kepada Menteri Besar Perlis adalah di antara enam individu yang telah direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Sumber memberitahu bahawa turut direman adalah pegawai kanan pejabat Menteri Besar Perlis.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor selepas tertuduh dibawa ke mahkamah pada jam 8.45 pagi tadi.

SPRM tahan reman anak menteri besar Perlis

“Suspek yang ditahan berusia antara 27 hingga 37 tahun dan dikehendaki membantu siasatan berkaitan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti pembaikan, penyelenggaraan, pembekalan, dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak tahun 2022.
“Siasatan dipercayai juga melibatkan tuntutan palsu terhadap kerja yang tidak dilaksanakan.
“Suspek yang ditahan itu dipercayai berperanan sebagai pemilik syarikat, kontraktor, dan penjawat awam di Pejabat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Menteri Besar Perlis,” katanya.

Beliau menyatakan bahawa suspek ditahan antara jam 7 hingga 8 pagi semalam di Perlis dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Putrajaya, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Baca Lagi:
Gara-gara ibu tak fasih cakap bahasa Melayu, staf UTC didakwa enggan perbaharui passport
TMJ beri bayangan sesuatu perkara yang besar akan berlaku
Helikopter TLDM terhempas: Status WhatsApp Komander Firdaus sebelum kejadian buat ramai sebak
CATEGORIES