Betul ke lelaki Kelantan paling hensem & lelaki Kedah paling lawak dalam Malaysia?

Betul ke lelaki Kelantan paling hensem & lelaki Kedah paling lawak dalam Malaysia?

Betul ke lelaki Kelantan paling hensem & lelaki Kedah paling lawak dalam Malaysia? Pengguna media sosial secara umum bersetuju dan mengakui bahawa lelaki dari Kelantan mempunyai wajah yang menarik, manakala jejaka Kedah terkenal dengan kebolehan mereka dalam melawak.

Hal ini selepas, pemilik Facebook Adham baru-baru ini secara rawak membuat kajian selidik dan bertanya kepada orang ramai di media sosial, negeri manakah mempunyai kaum lelaki yang handsome (kacak) dan kelakar untuk dijadikan pasangan.

Lelaki tersebut menerima lebih daripada 12,000 komen terhadap pertanyaannya, dan separuh daripada komen-komen tersebut menyatakan bahawa lelaki Kelantan adalah yang paling tampan kerana banyak di antara mereka mempunyai keturunan Melayu-Siam.

Betul ke lelaki Kelantan paling hensem & lelaki Kedah paling lawak dalam Malaysia?

“Orang Kelantan paling elok (kacak) sebab ada yang kacukan Siam. Memang kalau pandang tu ramai wanita ‘cair’. Tetapi orang Kedah paling ‘sempoi’, kelakar. Tengok la siapa YB (Yang Berhormat) Menteri Kedah,” kata Asyikin.

“Bagi aku lelaki Kelantan memang paling ada rupa. Dekat uni (universiti) aku pun memang geng Kelantan ini yang paling nampak segak siap pakej comel. Kalau bab lelaki yang kelakar, aku rasa orang utara. Dialek mereka pun aku dah rasa terhibur,” ujar Nurul Ain.

“Aku yang lelaki pun suka tengok geng Pantai Timur. Kalau ada campuran Kelantan-Siam memang lagi segak. Putih-putih kulit pun. Lelaki paling kelakar sudah pasti orang Kedah macam aku. Tak percaya hampa (kalian) datang Kedah, mesti kering gusi banyak gelak,” kata Amirul Asyrik.

“Kelantan, Perak ramai lelaki handsome. Orang Kedah paling kelakar, kalau orang Johor, Kuala Lumpur pandai bergaya,” kata Balqish.

Baca Lagi:
“Suami perangai pelik, dah 16 tahun kahwin semua yang aku buat, dia akan buat balik, aku basuh baju dia, dia akan basuh semula baju tu”
Pemain bola sepak Kebangsaan, Faisal Halim disimbah asid
Tular dakwaan kerajaan akan potong subsidi minyak menjelang bulan depan, ini jawapan tegas PMX
CATEGORIES