Sophia Albarakbah buat rawatan ‘kruk-kruk’ untuk tulang belakang, sekali ini yang netizen perasan

Sophia Albarakbah buat rawatan ‘kruk-kruk’ untuk tulang belakang, sekali ini yang netizen perasan

Sophia Albarakbah buat rawatan ‘kruk-kruk’ untuk tulang belakang, sekali ini yang netizen perasan. Terbaru satu perkongsian di TikTok mengenai Sophia Albarakbah menjadi bualan hangat oleh golongan netizen.

Menemui Pakar Kiropraktik

Dalam video yang dimuat naik tersebut, kelihatan Sophia Albarakbah telah pergi menemui pakar kiropraktik untuk mendapatkan rawatan bagi dirinya.

Sophia Albarakbah buat rawatan 'kruk-kruk' untuk tulang belakang, sekali ini yang netizen perasan

Sofia yang memakai baju bewarna hitam dan seluar bercorak floral kelihatan sangat tenang ketika menjalani rawatan tersebut.

Mengalami Masalah Tulang Belakang

Jika dilihat di dalam video tersebut, Sophia menjelaskan bahawa dia melakukan rawatan itu dengan bantuan pakar kiropraktik bagi melegakan masalah tulang belakang yang dihadapinya.

Sebelum ini saya mempunyai masalah sakit belakang. Saya rasa tulang lumbar saya agak sedikit bengkok.

Saya tak boleh berdiri terlalu lama kerana akan menyebabkan rasa sakit, lebih-lebih lagi apabila saya menjalani
penggambaran drama yang agak panjang.

Tambahnya lagi, dia memang mengalami masalah tulang belakang lumbar yang menyimpang ke kiri sehingga menyebabkan dia tidak boleh berdiri terlalu lama.

Terima Pelbagai Reaksi Netizen

Diruangan komen, pelbagai reaksi yang telah dilemparkan oleh netizen terhadap video yang dimuat naik di Tiktok tersebut.

@thechirohub Watch how we treated @Sophiaalbarakbah mild lower back pain! #fyp #asmr #chiropractic ♬ original sound – The Chiro Hub

Ada yang teruja melihat video tersebut apabila melihat keadaan Sophia ketika dia sedang dirawat oleh pakar kiropraktik.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang turut memuji dengan cara Sophia berkomunikasi dengan pakar kiropraktik yang dikatakan sangat fasih dan sangat sedap didengar apabila dia bertutur dalam bahasa Inggeris.

Baca Lagi:
Orang Bajau laut boleh tahan nafas lebih 10 minit dalam air, rupanya ini yang mereka buat sampai boleh tahan nafas lama dalam air
Rakaman objek misteri bercahaya melintasi ruang udara KLCC undang pelbagai teori warganet
Jadi tanda tanya kenapa peguam Britain pakai rambut palsu yang diperbuat daripada bulu kuda, ini sebabnya
CATEGORIES