Rakaman objek misteri bercahaya melintasi ruang udara KLCC undang pelbagai teori warganet

Rakaman objek misteri bercahaya melintasi ruang udara KLCC undang pelbagai teori warganet

Rakaman objek misteri bercahaya melintasi ruang udara KLCC undang pelbagai teori warganet. Sebuah rakaman video yang memaparkan objek asing bercahaya melintasi ruang angkasa negara pada malam Rabu lalu tular, sehingga mengundang pelbagai ‘teori’ oleh pengguna media sosial.

Klip video yang tular di media sosial itu ditonton sebanyak 72,000 kali termasuk dikongsi menerusi aplikasi WhatsApp.

Ia dimuat naik pemilik akaun TikTok yang dikenali sebagai Styfly Malaysia pada Khamis lalu.

Rakaman objek misteri bercahaya melintasi ruang udara KLCC undang pelbagai teori warganet

Pemilik video itu merakam objek asing bercahaya dengan menggunakan peranti rakaman berteknologi tinggi sewaktu pertunjukan bunga api menjelang sambutan kemerdekaan negara ke-66, yang berlatarbelakangkan pemandangan bandar raya Kuala Lumpur.

“Objek terang yang dilihat pada skrin bukanlah jet milik syarikat penerbangan biasa kerana ia bergerak begitu pantas,” kata pemilik akaun berkenaan.

Pemilik video terbabit turut menggunakan kanta zum bagi merakam lebih dekat objek asing berkenaan lantas menyimpulkan bahawa ia berkemungkinan meteor, jet pejuang atau objek lain.

@styflystudio I capture this last night- what do you think it was? #kualalumpur #merdeka2023 #malaysia #styflymalaysia #fyp #ufo #styflystudio #cityvibes ♬ The X Files Theme – John Beal

Ruang komen di pautan video berkenaan juga dihujani pelbagai ‘teori’ serius dan berunsur jenaka.

Antaranya @ariffsharif yang meneka objek asing bercahaya itu mungkin serpihan kecil dihasilkan dari tembakan bunga api.

@Enges T pula mendakwa objek berkenaan dihasilkan Project Blue (Projek Biru) iaitu teori konspirasi bagi mengawal manusia.

Ada yang berseloroh apabila mendakwa objek itu dikaitkan dengan pencerobohan makhluk asing.

Rata-rata pengguna media sosial lain pula memberi komen bahawa objek yang kelihatan itu adalah meteor kerana ia mempunyai ‘ekor’.

Baca Lagi:
Gaji masyuk sampai boleh beli 7 buah kereta mewah, sekarang ini yang terjadi pada pemain bola sepak Kedah yang ramai tak tahu
Niat mahu beli kasut baru untuk anak, lelaki dari Raub terkejut jadi pemenang RM28.9 juta
Automatik boleh jadi kaya siapa masih simpan duit kertas RM1 lama
CATEGORIES