
Orang Bajau laut boleh tahan nafas lebih 10 minit dalam air, rupanya ini yang mereka buat sampai boleh tahan nafas lama dalam air
Orang Bajau laut boleh tahan nafas lebih 10 minit dalam air, rupanya ini yang mereka buat sampai boleh tahan nafas lama dalam air. Selalunya manusia cuma boleh tahan nafas 5 minit je, lebih daripada tu kita akan mati. Tapi, orang Bajau Laut boleh tahan lebih 5 minit, malah sampai 10 minit. Apa yang diorang ada sampai boleh jadi macam tu?
Benda ni sebab orang Bajau Laut hidup terlalu lama di atas laut, lebih seribu tahun lamanya. Disebabkan diorang selalu selam laut dan tahan nafas, lama lama badan diorang mula beradaptasi untuk jadi penyelam yang handal.
Untuk menjadi penyelam yang handal, badan dan organ dalaman orang Bajau Laut berevelosi banyak berbanding orang biasa. Misalnya, limpa orang Bajau Laut besar 50% berbanding orang biasa. Limpa ni macam warehouse sel darah merah. Sel darah merah ni pulak bawak oksigen. Jadi bila kita tak cukup oksigen sebab tahan nafas, maka limpa kita akan keluarkan sel darah merah yang dalam dia untuk cover balik oksigen tak cukup tu.
Benda ni jadi sebab diorang ada gen PDE10A yang buat limpa diorang besar. Kiranya, benda ni bukan jadi sebab diorang selalu train menyelam lama sampai jadi limpa besar, tapi dah jadi genetik. Kiranya, diorang lahir je memang dah ada limpa besar. Selain itu, diorang pun ada gen BDKRB2 yang buat diorang ada refleks berenang yang bagus.