‘Siapa la bagi kad jemputan’, satu kampung kecoh lembu bawa geng datang makan kenduri kahwin. Bukan setakat keluarga saja yang akan datang ke majlis perkahwinan, saudara jauh dan kawan-kawan juga akan datang memberkati majlis.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sebuah majlis perkahwinan didatangi oleh lembu telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
@adidd15Kecoh!! sapi tiba² datang ke majlis kawin😆😆
Tetamu terkejut dengan kedatangan dua ekor lembu
Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman sedang menunjukkan situasi majlis persandingan di Indonesia.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dua ekor lembu datang tiba-tiba ke meja makan mereka. Tetamu yang berada di situ juga dilihat sangat terkejut dan panik, menyebabkan semua ingin beredar menjauhi lembu itu.
“Tetamu tak dijangka buat kejutan lagi meriah kenduri” – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 210K tontonan, 3K tanda suka dan 300 komen di Tiktok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Aduhai kelakar lah, dia nak join juga tu sebab lapar!