Lain macam cara Ira Kazar raikan perceraian Syamsul Yusof setelah lama diamkan diri

Lain macam cara Ira Kazar raikan perceraian Syamsul Yusof setelah lama diamkan diri

Lain macam cara Ira Kazar raikan perceraian Syamsul Yusof setelah lama diamkan diri. Selepas sekian lama berdiam diri, isteri pengarah sensasi Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar hari ini mencuri perhatian ramai apabila memuat naik foto suaminya dalam InstaStorynya.

Memetik Kosmo!Online, Ira atau nama penuhnya Faghirah Fatini Kazaruddin dalam perkongsian tersebut memuat naik foto yang sebelum ini dimuat naik Syamsul dalam Instagramnya.

Anak kepada pelakon senior Kazar Saisi itu bagaimanapun tidak meletakkan sebarang kapsyen sebaliknya menggunakan lagu Nasty nyanyian Tyga dan Chris Brown sebagai muzik latar.

Lain macam cara Ira Kazar raikan perceraian Syamsul Yusof setelah lama diamkan diri

Difahamkan, itu merupakan perkongsian pertama dia memuat naik wajah Syamsul sejak suaminya disahkan bercerai dengan Sarah pada 14 Jun lalu.

Mengimbau semula, Ira pada 5 Januari lalu sah bergelar isteri kepada Syamsul dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Thailand.

Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari lalu.

Rentetan daripada itu, Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi minggu lalu.

Baca Lagi:
Kisah pelajar tahfiz hilang 3 hari, Naufal hanya dengar suara orang memanggil namanya tapi tak nampak sesiapa
3 nama pemain bola sepak terkenal disebut dalam mahkamah tidur dengan wanita yang sama
China buang kereta EV baharu secara besar-besaran, ini sebabnya
CATEGORIES