Otai ini kongsi tips buat duit dari dusun sambil tunggu durian berbuah

Photo of author

By Joe

Otai ini kongsi tips buat duit dari dusun sambil tunggu durian berbuah. Ilmu tips buat duit dari otai dalam industri durian ini, amat berguna untuk individu yang ingin memulakan tanaman dusun durian seperti jenis Musang King. Sementara tunggu benih mengeluarkan hasil, apa kata ambil nasihat di bawah untuk menjana duit dari dusun anda juga.

Anda pun tidak rugi andai kata hasil dusun tidak begitu memberangsangkan, betul tak? Jom lihat beberapa tips di bawah yang dikongsikan oleh saudara Azuan Abdullah.

TIPS BUAT DUIT DARI DUSUN

Otai ini kongsi tips buat duit dari dusun sambil tunggu durian berbuah

Jika sahabat ada tanah satu ekar dan bercadang nak tanam durian Raja Kunyit atau Musang King (D197). Ini tips yang saya dapat dari mereka yang dah lama dalam industri ini.

Cuba pelbagaikan sumber pendapatan dari kebun tersebut. Cari jalan supaya duit cepat masuk. Bukan hanya tunggu nak jual buah sahaja, sebabnya banyak juga nak guna duit hingga pokok berbuah.

BUAT DUIT DARI DUSUN SEMENTARA DURIAN BELUM BERBUAH

Antaranya:

1. BUAT DAN JUAL ANAK BENIH

Buat dan jual anak benih. Ini paling senang dan cepat dapat duit.

2. KEBUN SEBAGAI TAPAK HANDS ON

Jadikan kebun kita tapak hands on. Contohnya hands on cantuman anak benih, hands on cantuman dewasa. Kenakan sedikit bayaran kepada yang nak belajar.

3. AMBIL UPAH

Boleh juga jadi “kontraktor” durian. Ambil upah membaja, prunning dan sebagainya.

4. EJEN JUALAN BAHAN POKOK DURIAN

Jadi ejen jualan baja, foliar dan racun. Jual apa yang kita guna dan terbukti betul betul berkesan.

5. Tanaman selingan

Tanam dengan tanaman selingan yang mudah dijaga. Contohnya nanas MD2 atau pisang

6. Buat agro tourism

Contohnya, kutip buah dan makan dikebun.

7. Jual durian

Yang last baru jual buah macam biasa. Eloknya jual runcit, simpan database pelanggan.

Sahabat, hanya mereka yang betul betul cekal akan berjaya layan Raja Kunyit. Bila buat sendiri baru kita tahu kenapa orang jual buahnya dengan harga yang tinggi.

Baca Lagi:
‘Macam ayam serama’, burung merpati kaki panjang dada besar jadi bualan warganet
Penduduk kampung jadi kaya-raya raih pendapatan RM13,000 sebulan hanya jual cicak tokek
“Orang gaji suka pakai minyak wangi waktu suami ada di rumah, rupanya ada ikatan senyap-senyap lepas kantoi gambar pakai pakaian dalam aku”