Persahabatan luar biasa selama 26 tahun, lelaki anggap buaya gergasi Riska seperti anak sendiri

Persahabatan luar biasa selama 26 tahun, lelaki anggap buaya gergasi Riska seperti anak sendiri

Persahabatan luar biasa selama 26 tahun, lelaki anggap buaya gergasi Riska seperti anak sendiri. Seorang nelayan di Indonesia berkawan dengan seekor buaya air masin sepanjang 4 meter selama lebih 20 tahun dan menganggap reptilia itu sebahagian daripada masyarakat tempatan, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Ambo, 59, dari Kota Bontang, Kalimantan Timur mendapat perhatian di negaranya kerana persahabatan luar biasa dengan seekor buaya gergasi bernama Riska.

Riska sudah menjadi sebahagian daripada hidup Ambo selama 26 tahun sejak ia pertama kali dilihat di perairan Pupuk Kaltim. Buaya itu hanya bersaiz kira-kira 1 meter ketika itu.

Persahabatan luar biasa selama 26 tahun, lelaki anggap buaya gergasi Riska seperti anak sendiri

Ambo tidak mengendahkan kehadiran Riska apabila ia lalu di bawah botnya, namun apabila buaya itu mengikutinya pulang, dia memberinya makanan dan persahabatan itu bermula.

“Jika saya tidak melihatnya selama dua atau tiga hari, saya akan mencarinya. Saya layan ia seperti anak sendiri,” kata Ambo.

Riska sering terapung berhampiran bot Ambo dan tidak akan pergi sehingga nelayan itu mengusap belakang badannya.

Persahabatan luar biasa selama 26 tahun, lelaki anggap buaya gergasi Riska seperti anak sendiri

Ia selalu melawat rumah Ambo apabila lapar dan lelaki itu gembira untuk berkongsi makanan.

Apabila Ambo tiada di kampung selama dua tahun kerana bekerja di Samarinda, dia meminta nelayan tempatan untuk menjaga Riska.

Mereka akan memberinya makan lebih tangkapan dan sejak itu Riska menjadi sebahagian daripada penduduk tempatan.

Baca Lagi:
Kisah pelajar tahfiz hilang 3 hari, Naufal hanya dengar suara orang memanggil namanya tapi tak nampak sesiapa
“Aku dah booking bilik hotel RM4,500 untuk honeymoon dengan suami, sekali isteri pertama block semua kad kredit laki aku”
“Baru 2 bulan kahwin, adik ipar kuat cemburu selalu bermanja dengan suami sampai ada sekali tidur sebelah suami”
CATEGORIES