Penduduk kampung jadi kaya-raya raih pendapatan RM13,000 sebulan hanya jual cicak tokek

Penduduk kampung jadi kaya-raya raih pendapatan RM13,000 sebulan hanya jual cicak tokek

Penduduk kampung jadi kaya-raya raih pendapatan RM13,000 sebulan hanya jual cicak tokek. Penduduk sebuah kampung di Thailand memperoleh pendapatan lumayan dengan menangkap dan memproses cicak tokek sehingga mampu menjana 100,614 baht (RM13,371) sebulan, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kampung Ban Tal Thai di wilayah Nakhon Phanom terkenal dengan pekerjaan bermusim yang unik iaitu perusahaan cicak tokek yang sudah dijalankan selama lebih 30 tahun.

Pada setiap musim panas antara Mac hingga Julai, masyarakat setempat akan menangkap cicak tokek dan menjualnya kepada kumpulan pemprosesan, lapor laman berita Sanook.

Penduduk kampung jadi kaya-raya raih pendapatan RM13,000 sebulan hanya jual cicak tokek

Cicak tokek yang dikeringkan kemudian akan dieksport ke China di mana ia dipercayai menjadi salah satu ramuan dalam perubatan tradisional Cina.

Pekerjaan itu memberikan pendapatan yang besar kepada sesetengah keluarga di kampung berkenaan sehingga mencecah ratusan ribu baht sebulan.

Seorang penduduk kampung yang juga pengeksport cicak tokek dari Ban Tal, Sawai, 55, berkongsi proses penyediaan dan penjualan haiwan tersebut.

Proses itu termasuk membuang organ dalaman haiwan itu, membersihkan kulitnya dan meletakannya di atas kayu untuk dikeringkan selama semalaman.

Seorang peniaga cicak tokek di Ban Tal, Chanchai, 65, berkata, aktiviti penangkapan cicak tokek telah berkembang dengan kerjasama seluruh penduduk kampung sejak 30 tahun lalu.

Di luar musim panas, mereka akan memberi masa kepada cicak tokek untuk membiak bagi memastikan populasi dan perdagangan haiwan itu berterusan.

Berharga kira-kira 30 baht (RM4) hingga 40 baht (RM5.30) seekor, cicak tokek yang telah diproses kering pula akan dijual pada harga antara 50 baht (RM6.60) hingga 60 baht (RM8) seekor.

Pendapatan lumayan yang dijana melalui industri tersebut menyediakan peluang pekerjaan dan kestabilan kewangan kepada penduduk tempatan terutamanya ketika pandemik Covid-19.

Baca Lagi:
Akhirnya terjawab kenapa Mamat tak hadir majlis perkahwinan Shuib
Kisah pelajar tahfiz hilang 3 hari, Naufal hanya dengar suara orang memanggil namanya tapi tak nampak sesiapa
“Baru 2 bulan kahwin, adik ipar kuat cemburu selalu bermanja dengan suami sampai ada sekali tidur sebelah suami”
CATEGORIES