Seramai 18 rakyat Malaysia berjaya masuk senarai bilionair Forbes

Seramai 18 rakyat Malaysia berjaya masuk senarai bilionair Forbes

Seramai 18 rakyat Malaysia berjaya masuk senarai bilionair Forbes. Seramai 18 hartawan Malaysia berjaya menyertai senarai Bilionair Dunia Forbes 2023, dengan jumlah kekayaan kesemua hartawan ini mencecah AS$54.7 bilion (RM240.38 bilion).

Menurut senarai itu, Robert Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai orang terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaannya mencecah AS$11.8 bilion (RM51.88 bilion) meletakkannya di nombor 146 dalam senarai global.

Beliau memiliki kumpulan Kuok yang mempunyai kepentingan dalam hotel, hartanah dan komoditi.

Seramai 18 rakyat Malaysia berjaya masuk senarai bilionair Forbes

Selain itu, Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong berada di kedudukan ke-179 dengan nilai kekayaan AS$10.1 bilion (RM44.40 bilion) diikuti Ananda Krishnan (AS$5.2 bilion, RM22.86 bilion) di tempat ke-511 yang memiliki Astro dan Maxis Communications.

Kedudukan seterusnya diraih Koon Poh Keong, yang mengasaskan Press Metal Aluminium pada 1986.

Dua bilionair daripada industri perjudian – Lim Kok Thay, pengerusi Kumpulan Genting, dan Dr Chen Lip Keong dari Kumpulan Naga, yang memegang lesen kasino di Phnom Penh, Kemboja turut berada dalam senarai Forbes tahun ini

Duo lain dalam senarai itu ialah Lee Yeow Chor dan Lee Yeow Seng, yang menerajui konglomerat minyak sawit dan hartanah, IOI Group. Adik beradik itu mewarisi IOI daripada bapa mereka, Lee Shin Cheng, yang meninggal dunia pada 2019.

Antara tokoh besar lain ialah Syed Mokhtar Albukhary, dengan nilai bersih AS$1.6 bilion (RM7.03 bilion), yang sebahagian besarnya adalah daripada kepentingannya dalam DRB-Hicom dan MMC Corp.

Orang kuat MR DIY, Tan Yu Yeh turut berada dalam senarai hartawan Forbes bersama pengasas dan pengerusi Sunway Group, Jeffrey Cheah.

Bilionair Malaysia dalam senarai Forbes 2023

1) Robert Kuok Nilai kekayaan RM51.9 bilion

2) Quek Leng Chan RM44.4 bilion

3) Ananda Krishnan RM22.9 bilion

4) Koon Poh Keong RM17.6 bilion

5) Chen Lip Keong RM12.3 bilion

6) Lee Yeow Chor RM10.1 bilion

7) Lim Kok Thay RM7.9 bilion

8) Wong Kie Chie RM7.4 bilion

9) Lau Cho Kun RM7.03 bilion

10) Syed Mokhtar Albukhary RM7.03 bilion

11) Lee Yeow Seng RM6.6 bilion

12) G Gnanalingam RM5.7 bilion

13) Lillyn Teh Li Hua RM5.7 bilion

14) Lillian Teh Li Ming RM5.7 bilion

15) William Teh Lee Pang RM5.7 bilion

16) Diana Teh Li Shing RM5.7 bilion

17) Jeffrey Cheah RM5.3 bilion

18) Tan Yu Yeh RM4.5 bilion

Baca Lagi:
Pernah popular satu Malaysia dengan drama ‘sutun’, ini wajah terkini pelakon utama selepas 18 tahun menghilang
Aliff Syukri penyanyi no 1 negara, dedah Siti Nurhaliza
Proton S50 versi Ajerul bakal gegarkan pasaran tahun ini
CATEGORIES