Rupanya ada maksud tersirat huruf ‘i’ pada iPhone yang ramai tak tahu

Rupanya ada maksud tersirat huruf ‘i’ pada iPhone yang ramai tak tahu

Rupanya ada maksud tersirat huruf ‘i’ pada iPhone yang ramai tak tahu. Debut pada tahun 2007, populariti iPhone sampai sekarang ni masih lagi tak ada tanda nak slow down. Kalau ditanya apa maksud huruf ‘i’ pada perkataan iPhone, korang rasa apa jawapan yang terlintas dalam fikiran?

Mungkin ada yang akan cakap ‘i’ tu bermaksud internet atau saya/ Tapi korang tahu tak yang rupanya ada lima lagi perkataan yang dimaksudkan pada huruf ‘i’ tersebut. Ini yang diperkatakan oleh Steve Job semasa pembentangannya.

“‘I’ stands for ‘internet, individual, instruct, inform, inspire.’”

Rupanya ada maksud tersirat huruf 'i' pada iPhone yang ramai tak tahu

Steve Jobs juga berkata tiada maksud khusus atau official berkenaan huruf ‘i’ tersebut dan terbuka untuk diinterpretasikan oleh sesiapa.

Tak hairanlah kalau ramai yang tafsirkan ‘i’ sebagai internet kerana pada mulanya iPhone diperkenalkan pada tahun 2007, ada beberapa produk Apple dengan permulaan huruf ‘i’ tak ada internet. Contohnya seperti iPod keluaran awal.

Jadi menurut korang, definisi ‘i’ korang tu apa?

Baca Lagi:
Seramai 18 rakyat Malaysia berjaya masuk senarai bilionair Forbes
Cari gali Petronas: Jika China rasa ini hak mereka, kita boleh buka untuk rundingan – Anwar
Pernah popular satu Malaysia dengan drama ‘sutun’, ini wajah terkini pelakon utama selepas 18 tahun menghilang
CATEGORIES