Cari gali Petronas: Jika China rasa ini hak mereka, kita boleh buka untuk rundingan – Anwar

Cari gali Petronas: Jika China rasa ini hak mereka, kita boleh buka untuk rundingan – Anwar

Cari gali Petronas: Jika China rasa ini hak mereka, kita boleh buka untuk rundingan – Anwar. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan, syarikat Petronas akan terus melaksanakan kerja-kerja cari gali minyak di kawasan sedia ada di Laut China Selatan.

Namun, beliau menyatakan perkara tersebut masih terbuka untuk rundingan sekiranya China merasakan kawasan berkenaan adalah wilayah mereka.

Anwar berkata, perkara itu dinyatakan beliau kepada Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya, Li Qiang dalam lawatannya ke Beijing, baru-baru ini.

Cari gali Petronas: Jika China rasa ini hak mereka, kita boleh buka untuk rundingan - Anwar

“Memang perkara ini dibangkitkan kerana terdapat tuntutan bertindih oleh kedua-dua pihak di Laut China Selatan,

“Ini terutama kebimbangan China kerana Petronas menjalankan kegiatan besar-besaran di satu kawasan yang dituntut China,

“Saya nyatakan sendiri kepada Presiden dan Perdana Menteri China, bahawa Malaysia menganggap ini kawasan Malaysia, maka Petronas akan teruskan cari gali di kawasan itu,

“Bagaimanapun, jika China rasa ini hak mereka, kita boleh buka untuk rundingan,” katanya semasa menjawab soalan tambahan oleh Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Dewan Rakyat, hari ini.

Baca Lagi:
Aliff Syukri penyanyi no 1 negara, dedah Siti Nurhaliza
Bantuan bakul makanan RM600 untuk semua isi rumah, semak sekarang!
Pernah popular satu Malaysia dengan drama ‘sutun’, ini wajah terkini pelakon utama selepas 18 tahun menghilang
CATEGORIES