Aliff Syukri penyanyi no 1 negara, dedah Siti Nurhaliza

Aliff Syukri penyanyi no 1 negara, dedah Siti Nurhaliza

Aliff Syukri penyanyi no 1 negara, dedah Siti Nurhaliza. Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin ‘mengesahkan’ Datuk Aliff Syukri memegang status sebagai penyanyi nombor satu negara, sekali gus nama beliau kini berada di ‘belakang’ usahawan kosmetik tersebut.

Perkara itu ‘diakui’ oleh Siti Nurhaliza atau mesra dipanggil Tokti sewaktu membalas komen Aliff Syukri secara berseloroh pada Instagram beliau.

“Cantiknya awak idola saya. Awak kenal tak saya artis nombor satu ni,” kata Aliff Syukri meninggalkan komen pada video promosi tudung dimuat naik Siti Nurhaliza.

Aliff Syukri penyanyi no 1 negara, dedah Siti Nurhaliza

Dalam masa sama, Siti Nurhaliza turut melayan mesra komen tersebut dengan ‘mengakui’ Aliff Syukri adalah penyanyi nombor satu.

“Mestilah kenal awak penyanyi nombor satu. Saya di belakang awak ya,” ujar beliau.

Aliff Syukri penyanyi no 1 negara, dedah Siti Nurhaliza

Sementara itu, pengikut Siti Nurhaliza turut meninggalkan komen terhibur maklum balas tersebut.

“Tokti terpaksa puji Datuk, tak nak Datuk kecil hati, Datuk jangan perasan sangat ya,” kata pengguna media sosial miyamustafa.14 secara berjenaka.

“Kak Iti layankan sajalah, sebab kita orang tahu siapa yang nombor satu menyanyi dulu dan legenda. Tak layan nanti kecil hati,” seloroh merowl.

Baca Lagi:
Pernah popular satu Malaysia dengan drama ‘sutun’, ini wajah terkini pelakon utama selepas 18 tahun menghilang
“Selalu kongsi rezeki dengan anjing liar, pemuda ini tak sangka rezeki datang melimpah mampu hadiahkan ibu kereta”
Bantuan bakul makanan RM600 untuk semua isi rumah, semak sekarang!
CATEGORIES