Seluar jeans termahal di dunia dijual dengan harga hampir RM400,000

Seluar jeans termahal di dunia dijual dengan harga hampir RM400,000

Seluar jeans termahal di dunia dijual dengan harga hampir RM400,000. Sepasang seluar jeans dari tahun 1880-an yang dikeluarkan dari sebuah lombong beberapa tahun lalu, kini dijual pada harga AS$76,000 (RM357,124) dalam satu lelongan di utara negeri New Mexico, Amerika Syarikat (AS), lapor laman berita Wion News semalam.

Jualan itu merupakan antara lelongan seluar jeans termahal di dunia.

Kule Haupert, 23, perlu membayar harga AS$87,400 (RM410,605) untuk mendapatkan seluar jeans jenama Levi Strauss itu termasuk caj premium pembeli.

Seluar jeans termahal di dunia dijual dengan harga hampir RM400,000

“Saya masih agak keliru, saya terkejut kerana membelinya,” kata Haupert yang bekerja sebagai peniaga pakaian kepada akhbar The Wall Street Journal.

Dia membeli seluar jeans itu bersama Zip Stevenson yang merupakan pemilik syarikat pakaian vintaj, Denim Doctors. Syarikat itu berpangkalan di Los Angeles, California.

Walaupun Hauper menyumbang 90 peratus daripada bidaan itu, baki 10 peratus bayaran disediakan oleh Stevenson.

“Saya mempercayai dia (Stevenson) untuk mengesahkan bahawa seluar itu adalah tulen dari tahun 1880-an,” kata Haupert yang bergantung kepada kepakaran Stevenson.

Mereka kini merancang untuk menjual seluar jeans itu dengan tawaran tidak kurang daripada AS$150,000 (RM704,700).

Seluar jeans itu ditemui beberapa tahun lalu oleh seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai ahli arkeologi denim, Michael Harris di sebuah lombong terbiar di barat AS.

Walaupun seluar itu berusia dua abad, ia kelihatan masih utuh tanpa berlubang dan koyak.

Baca Lagi:
Kongsi rahsia menang jakpot Magnum 4D, wanita Sarawak ini siap tunjuk bukti menang RM13.59 juta
Rakyat Malaysia semakin gemuk, KKM akan letak jumlah kalori makanan pada menu restoran
Duit syiling RM1 lama dijual RM10,000, ini 7 sebab kenapa nilai wang lama dijual mahal sekali
CATEGORIES