Rakyat Malaysia semakin gemuk, KKM akan letak jumlah kalori makanan pada menu restoran

Rakyat Malaysia semakin gemuk, KKM akan letak jumlah kalori makanan pada menu restoran

Rakyat Malaysia semakin gemuk, KKM akan letak jumlah kalori makanan pada menu restoran. Pengiraan kalori dalam makanan bukan benda biasa bagi rakyat Malaysia. Malah, ramai yang tak tahu pun jumlah kalori yang dorang ambik dalam sehari tu sebenarnya dah melebihi jumlah yang disarankan bagi mengekalkan berat badan yang ideal.

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengatakan, seramai 41.4% penjawat awam atau lebih kurang 50.1% rakyat Malaysia mempunyai berat badan yang berlebihan.

Sebagai salah satu inisiatif untuk menjaga pemakanan rakyat Malaysia, Khairy memberitahu bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meletakkan jumlah kalori makanan pada menu restoran.

Rakyat Malaysia semakin gemuk, KKM akan letak jumlah kalori makanan pada menu restoran

Projek yang akan dijalankan pada tahun 2023 ini akan melibatkan beberapa restoran terpilih dan akan dilaksanakan ke atas semua restoran sekiranya ia menunjukkan perkembangan yang positif.

Mulai tahun hadapan, beberapa restoran di sekitar Putrajaya, kafeteria di bangunan kementerian dan restoran makanan segera akan terlibat dengan projek ini.

Tambahnya lagi, restoran yang mahu terlibat dalam projek ini tak perlu membayar yuran konsultan untuk meletakkan label dalam menu mereka kerana pihak KKM akan menyediakan maklumat pengiraan kalori.

Rakyat Malaysia semakin gemuk, KKM akan letak jumlah kalori makanan pada menu restoran

Pakar dari bahagian pemakanan akan menetapkan jumlah kalori dan maklumat lain dengan cara mengkaji dan menganalisa bahan yang terdapat dalam sesuatu hidangan.

Jika projek ini berjaya menunjukkan perkembangan yang positif, pengiraan jumlah kalori ini akan dilaksanakan di semua kedai makan seluruh Malaysia.
Baca Lagi:
Duit tersilap masuk RM49.2 juta dalam akaun bank, pasangan ini sempat beli 4 buah rumah, akhirnya ini yang terjadi
Ketagihan video lucah, adik-beradik sanggup menyelinap masuk bilik untuk berzina
Suami kena cekup dengan isteri, berdua-duaan dengan bekas kekasih dalam bilik tidur
CATEGORIES