Seekor anjing dirantai dalam keadaan lapar teruk meruntun hati orang ramai

Seekor anjing dirantai dalam keadaan lapar teruk meruntun hati orang ramai

Seekor anjing dirantai dalam keadaan lapar teruk meruntun hati orang ramai. Seekor anjing yang dirantai dalam kelaparan di pintu sebuah rumah terbiar dipercayai dibuang dan ditinggalkan oleh pemilik lama meruntun hati orang ramai.

Menerusi perkongsian oleh pemilik akaun TikTok @juliaritanordin yang berdurasi lebih 1 minit itu memaparkan anjing jenis poodle yang kelihatan kurus dan kelaparan diberi makan oleh seorang wanita berbangsa Melayu.

“Lapar teruk, habis dia makan,” kata wanita yang membantu anjing tersebut.

Seekor anjing dirantai dalam keadaan lapar teruk meruntun hati orang ramai

Pengguna TikTok @King Ceo yang juga salah satu anggota pasukan Animal Rescue memuat naik perkongsian kisah sebenar mengenai anjing tersebut.

“Tak pasti berapa lama anjing itu merayau-rayau di kawasan itu, tetapi, seorang wanita Cina WhatsApp dalam kumpulan meminta untuk selamatkan poodle kecil itu,” katanya.

Pada 7 Oktober lepas, anjing tersebut dipercayai diikat untuk elak terlepas dan bagi memudahkan urusan mengambilnya untuk dibawa ke pusat Veterinar Aman Suria keesokan paginya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen merasa sedih melihat keadaan anjing tersebut tetapi ramai juga yang meluahkan rasa gembira apabila anjing tersebut berjaya diselamatkan.

“Allahu akbar. Nampak macam dah lama anjing itu terikat, “ kata @ErynRahman.
“Kasihannya tengok anjing itu, kurusnya,” komen @Nanad pula.
“Sedih tengok, terima kasih awak ada untuk haiwan ini,” kata @ Zarulkacak.
@malaysianupdatenews Allahu akbar. 😭😭 nampak macam dah lama dia terikat tuu😭 Thank you sis tolong dia 🤲🏻 #malaysianupdate #trending #trendingnewsmalaysia #videoviral #fyp ♬ Ya Allah – Wali

Baca Lagi:
Kongsi rahsia menang jakpot Magnum 4D, wanita Sarawak ini siap tunjuk bukti menang RM13.59 juta
Duit tersilap masuk RM49.2 juta dalam akaun bank, pasangan ini sempat beli 4 buah rumah, akhirnya ini yang terjadi
Suami kena cekup dengan isteri, berdua-duaan dengan bekas kekasih dalam bilik tidur
CATEGORIES