Lelaki tukar pengakuan selepas terkejut dengar ada hukuman sebat

Lelaki tukar pengakuan selepas terkejut dengar ada hukuman sebat

Lelaki tukar pengakuan selepas terkejut dengar ada hukuman sebat. Penghantar alat ganti kenderaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban, hari ini, atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita dengan menawarkan pinjaman tidak wujud, hujung tahun lalu.

Tertuduh, Jaminder Singh Dershan Singh, 37, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, dia didapati dengan curangnya menipu seorang wanita berusia 41 tahun bagi mendapatkan wang dengan menawarkan pinjaman tidak wujud.

Tertuduh meminta mangsa membuat pembayaran sehingga 14 kali transaksi sebanyak RM4,500 ke dalam dua akaun bank berbeza bagi mendapatkan pinjaman wang yang dijanjikan sebanyak RM1,000.

Lelaki tukar pengakuan selepas terkejut dengar ada hukuman sebat

Justeru, tertuduh melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Hukuman boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun, dan sebat dan boleh juga dikenakan denda.

Kesalahan dilakukan di sebuah hospital swasta di Jalan Haruan 2, Pusat Komersial Oakland, di sini, 29 Disember tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Muhaimin Mohd Azman mencadangkan wang jaminan sebanyak RM7,000.

J Dasene dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh memohon jaminan paling minimum memandangkan penjamin adalah abang tertuduh yang hanya bekerja sebagai kerani dengan pendapatan RM1,500 sebulan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM3,500 dan tarikh sebutan semula pada 13 Mac 2023.

Terdahulu, tertuduh pada mulanya mengaku bersalah sebelum menukar pengakuan selepas hukuman termasuk boleh dikenakan sebat diterangkan semula kepadanya dalam bahasa Inggeris.

Baca Lagi:
Wanita 23 tahun bergelar jutawan, kerja hanya bersih rumah orang pendapatan RM2.6 juta sebulan
Subsidi minyak bakal dimansuhkan kepada rakyat Malaysia?
Wanita ini tak menyesal berhenti kerja polis, selesa jadi bodyguard ahli perniagaan lelaki
CATEGORIES