Subsidi minyak bakal dimansuhkan kepada rakyat Malaysia?

Subsidi minyak bakal dimansuhkan kepada rakyat Malaysia?

Subsidi minyak bakal dimansuhkan kepada rakyat Malaysia? Pakar ekonomi menjangkakan kerajaan perpaduan akan mengumumkan pemansuhan subsidi minyak petrol dan diesel dalam pembentangan bajet akan datang.

Walau bagaimanapun, kerajaan juga dijangka menggantikannya dengan sistem bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Dengan kata lain, harga minyak akan mengapung mengikut harga pasaran dan T20 tidak lagi dapat menikmati subsidi.

Pakar ekonomi, Datuk Chua Tia Guan berkata, kerajaan akan menumpukan perhatian kepada penstrukturan semula subsidi dalam pembentangan bajet baharu .

Subsidi minyak bakal dimansuhkan kepada rakyat Malaysia?

Beliau berkata, dengan masalah kewangan yang dihadapi negara, kerajaan tidak akan menggunakan hasil cukai untuk memberi subsidi kepada korporat besar.

Jelasnya, daripada subsidi yang mencecah RM80 bilion pada 2022, hampir separuh daripadanya adalah untuk subsidi minyak bahan api, dan daripada subsidi minyak itu, 53 peratus digunakan ke atas T20.

“RM80 bilion adalah hampir sama dengan jumlah peruntukan pembangunan negara dan jumlah duit ini akan memberi kesan positif berpanjangan jika digunakan untuk tujuan pembangunan, seperti membina jalan, sekolah dan pengangkutan awam.

“Tambahan pula, subsidi minyak akan mendorong penyeludupan dan penyelewengan,” katanya kepada China Press.

Tia Guan bagaimanapun berpendapat, subsidi minyak tidak boleh dimansuhkan secara sekaligus, tetapi perlu dilakukan secara berperingkat.

Katanya, bantuan secara terus pula boleh dilakukan mengikut golongan iaitu T20 tidak menikmati bantuan, M40 mendapat sebahagian bantuan manakala B40 mendapat bantuan terbanyak.

“Dengan pemansuhan subsidi minyak, harga minyak akan terapung mengikut harga pasaran antarabangsa.

“Orang ramai yang menerima bantuan pula boleh menyelaraskan perbelanjaan masing-masing mengikut pertimbangan dan keperluan sendiri,” katanya.

Tambahnya, selain penstrukturan semula subsidi, kerajaan juga dijangka akan menjimatkan perbelanjaan yang tidak perlu, tetapi pada masa yang sama perlu berusaha menjana pertumbuhan ekonomi.

“Belanjawan secara keseluruhannya tidak boleh dipotong secara terlalu banyak terutamanya dengan kekhuatiran bahawa dunia akan berdepan masalah ekonomi pada 2023.

“Belanjawan Malaysia justeru perlu mempunyai kekentalan untuk menghadapi masalah global yang mungkin berlaku,” katanya.

Baca Lagi:
Orang ramai tidak perlu lagi bawa lesen memandu secara fizikal – JPJ
Suami kantoi dating dengan ‘penyondol’, mereka kahwin dalam tempoh idah
Sektor kesihatan Malaysia di ‘zon merah’, doktor wanita luah perkara sebenar yang berlaku
CATEGORIES