Selepas bongkar isu stoking, Firdaus Wong terima ugutan bunuh dan pukul

Selepas bongkar isu stoking, Firdaus Wong terima ugutan bunuh dan pukul

Selepas bongkar isu stoking, Firdaus Wong terima ugutan bunuh dan pukul. Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung telah membuat enam laporan selepas menerima ugutan bunuh, pukulan, dan fitnah yang melibatkan dirinya serta keluarganya di Balai Polis Wangsa Maju pada hari Rabu.

Firdaus, ketika dihubungi oleh Sinar Harian, mengatakan bahawa ini adalah langkah awal sebelum tindakan undang-undang diambil, dan beliau tidak menolak kemungkinan untuk membuat lebih banyak laporan terhadap pihak yang memfitnahnya.

“Ugutan bunuh dan pukulan ini dilakukan oleh individu yang tidak dikenali. Memandangkan ia melibatkan keselamatan saya dan keluarga, laporan perlu dibuat.

Selepas bongkar isu stoking, Firdaus Wong terima ugutan bunuh dan pukul

“Daripada enam laporan yang dibuat, satu melibatkan ugutan bunuh, satu lagi melibatkan pukulan, manakala yang lain adalah kes fitnah. Kesemua laporan ini dibuat di Balai Polis Dang Wangi, Balai Polis Wangsa Maju, dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan,” katanya pada hari Khamis.

Apabila ditanya tentang punca ugutan tersebut, pendakwah terkenal ini mengakui bahawa banyak ugutan diterima selepas isu stoking kalimah ALLAH dan percaya, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kerja dakwah yang dilakukannya.

Dia juga menyatakan bahawa ada yang membangkitkan isu songlap dana badan bukan kerajaan (NGO), walaupun laporan polis dan tindakan undang-undang telah diambil terhadap pihak yang memfitnah pada tahun 2022.

“Saya tidak tahu siapa dan mengapa mereka melakukan perkara tersebut. Ada yang mengatakan saya sengaja untuk sabotaj, walaupun sebenarnya KK Mart yang menuntut pembekal stoking, bukan saya.

“Mengapa saya ditarik ke dalam isu ini sehingga membuat ugutan yang mengancam nyawa? Saya percaya, mereka ini tidak puas hati terhadap kerja dakwah yang telah saya lakukan selama ini,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah ketika dihubungi mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima dua laporan polis daripada Firdaus Wong pada hari Rabu.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju telah menerima dua laporan polis daripada beliau (Firdaus Wong) dan kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pengadu (Firdaus Wong) telah memberikan keterangan dan siasatan kes ini masih dijalankan,” katanya.

Pada 13 Mac, Firdaus dilaporkan memuat naik gambar stoking yang dijual di KK Super Mart Bandar Sunway di akaun Facebooknya, yang menimbulkan kemarahan umat Islam di Malaysia yang baru saja memasuki bulan Ramadan.

Ahli Jawatankuasa DAP Pahang, Chiong Yoke Kong pada 25 Mac lalu pula dilaporkan menyatakan bahawa isu jualan stoking bertulis kalimah ALLAH boleh diselesaikan secara baik, tetapi mendakwa Firdaus sebaliknya menyebarluaskannya di media sosial.

Baca Lagi:
“Yang halal ada tapi masih cari yang haram, aku bagi suami kahwin lain, masalahnya skandal dia semua isteri orang!”
Kronologi sumbang mahram 2 beradik hingga hamil 3 kali
Bahaya tanam pokok betik tepi rumah, ini sebabnya
CATEGORIES