“Yang halal ada tapi masih cari yang haram, aku bagi suami kahwin lain, masalahnya skandal dia semua isteri orang!”

“Yang halal ada tapi masih cari yang haram, aku bagi suami kahwin lain, masalahnya skandal dia semua isteri orang!”

“Yang halal ada tapi masih cari yang haram, aku bagi suami kahwin lain, masalahnya skandal dia semua isteri orang!”. #Foto sekadar hiasan. “Hai. Aku Nana. Dah kahwin 6 tahun. Aku tak tahu nak minta tolong dengan siapa sebab aku jenis slow sikit. Macam mana eh nak buka apps dalam phone orang? Hal ni related dengan phone husband aku.

Sebelum ni banyak dah bukti dia mesej-mesej, video call dengan scandal. Check in pun ada. Bukti-bukti ada aku simpan. Tapi tu lah phone aku rosak. Jadi 60% bukti hilang. Ada 40% yang aku kebetulan backup. Ni dah guna phone baru.

Dan aku pun takdelah asyik nak wasangka buruk je dengan husband sendiri. Tapi tu lah instinct isteri ni jarang salah. Yang pernah rasa tu faham la kot. Husband aku ni pun dia tak tunjuk dia kaki perempuan, tapi kalau tengok search fb dia semualah nama perempuan.

"Yang halal ada tapi masih cari yang haram, aku bagi suami kahwin lain, masalahnya skandal dia semua isteri orang!"

Ada jugak tengok yang bukan-bukan. Chat dengan perempuan pun semua diam-diam je. Aku tahu pun sebab aku diam-diam buka phone dia. Dia berskandal pun diam-diam je. Kalau orang tengok pun macam tak percaya yang dia boleh check-in dengan perempuan lain yang title nya isteri orang.

Ni bukan tuduh. Ada bukti dorang record video dan aku memang simpan rapi bukti yang berkaitan dengan video. Last aku tahu masa 2021. Lepastu aku jarang sangat nak jumpa yang pelik-pelik. Tapi sejak pertengahan tahun lepas, aku rasa macam ada yang tak kena.

Sebab phone husband aku ni… nak buka gallery kena fingerprint, nak buka folder vid kena fingerprint, nak buka telegram kena fingerprint, nak buka Instagram pun kena fingerprint. Aku rasa ada yang tak kena sebab kerap la naik noti ada DM dekat IG tapi aku tak tahu siapa and apa mesej nya sebab noti tu ‘enter to view message content’. And kena guna fingerprint dia.

Jadi aku rasa macam useless la kalau aku diam-diam tahu password phone dia, tapi tak boleh nak buka apps-apps tu. Ada try verify password guna password yang sama macam phone tapi salah. Password phone dia pun aku tahu sebab aku teliti tengok gerakan jari dia masa restart phone. Tapi aku dapat rasa ada yang tak kena.

Dia bukan kaki pukul ke apa ke. Cuma ni lah. Kaki perempuan dan aku je yang tahu perangai sebenar dia ni. Orang lain semua pandang dia macam malaikat. Baik dan beragama sangat. Layanan pun ok je. Dengan kids pun dia ok je. Nafkah semua cukup.

Tapi aku memang tak boleh terima kalau dia buat benda bukan-bukan belakang aku. Dia bukan jenis kerap check-in. Skandal pun semua jauh-jauh. Waktu-waktu yang aku dan dia kena berjauhan, mesti hati aku rasa tak sedap.

Pernah juga lepas dia balik outstation ada lah 3-4 bukti aku dapat. Aku tak tolak poligami. Aku pernah cakap kalau nak kahwin, kahwin je. Tak payah tunggu aku mati baru nak kahwin lain. Aku masih hidup ni boleh je kahwin lain kalau nak kahwin, asalkan jangan buat benda bukan-bukan belakang aku.
Cuma tu lah scandal dia ni mostly bini orang. Macam mana aku nak bagi kahwin. Aku pun tak faham la macam mana perempuan yang dah jadi bini orang ni masih onz tidur dengan laki lain. Baru-baru ni aku boleh buka telegram dia. Takde nak guna fingerprint dah. Tapi telegram je lah.
Yang lain-lain masih perlu fingerprint. Ada lah mesej dia dengan scandal lama yang title bini orang tu. Lepastu beberapa hari sebelum tu, husband aku kata dia kena pergi tempat kerja. Aku ok je. Tapi rasa lain bila dia tiba-tiba pergi tu guna kereta yang jarang guna.

Kalau kereta lagi satu, orang tahu dah tu dia. Kalau lagi satu ni orang tak kenal sangat. Lagi bertambah rasa lain bila dia balik lambat, sebelum maghrib tapi belum solat asar lagi. Balik tu, dia mandi dulu dan solat asar. Dah hujung waktu dah.

Aku tanyalah kenapa tak solat asar je kat tempat kerja. Balik dah nak maghrib tapi eh tak solat asar lagi. Dia cuma cakap dia sibuk sangat tadi. Tapi entahlah hati aku rasa lain sangat. Macam mana eh nak buka apps-apps ni.

Ada yang tahu tak. Nak tunggu dia tidur, tapi jenis mudah tersedar. Cuit sikit je sedar so susah la aku rasa. Aku sampai terfikir nak beli ubat tidur bagi dekat husband aku ni, then masa dia tidur tak sedar tu nak je aku buka apps – apps tu guna fingerprint dia.

Aku tahu ada yang kata jangan nak cari-cari buruk suami, nanti buruk padahnya. Tapi entahlah. 2021 aku dah cakap kat diri aku, kalau aku dapat bukti lagi sekali… aku memang nak mintak divorce terus sebab aku penat dah. Yang halal tu ada depan mata, tapi masih nak cari bangkai.

Aku kesian dekat diri aku sendiri. Aku kesian dekat anak-anak aku. Kalau jumpa bukti kukuh (check in) lagi sekali… aku memang tak nak fikir panjang dah. Tak nak buang masa. Lagi baiklah aku end kan je dan fokus dekat diri sendiri dan anak-anak sebelum tiba-tiba aku pulak yang dapat penyakit. Sebab hati aku memang rasa lain sangat-sangat dah.

Aku cuma mampu doa dan berserah pada Allah je. Tapi aku pun kena usaha juga kan. Cumanya tu lah, macam mana eh? Huhuhu. Maaf minta solution dekat sini sebab aku tak tahu nak refer / cerita dekat siapa. Terima kasih korang. – Nana (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Noraziah Amdan: Ketika bicara di mahkamah syariah nanti bagi alasan, “dah hilang cinta dan dah mati rasa pada suami”. Jika hakim tanya lagi, jawablah, “demi menjaga aibnya, maaf, saya tak dapat huraikan. Harap Tuan Hakim memahami.” Sambil itu tunjukkan bukti yang ada. Mesti di situ ada kakitangan mahkamah yang membantu untuk menyampaikan kepada hakim. (17 tahun sudah bercerai. Mesti keadaan mahkamah sudah berubah sekarang).

Aniz Anwar: Jangan buat hal bila dah spesis laguni, risiko nanti. Pengalaman saya menangani kes-kes kaunseling disebabkan ketagihan suami atau pasangan yang suka “makan luar”, macam-macam boleh terundang bukan sahaja penderaan emosi, psikologi tetapi yang paling ditakuti juga membawa balik penyakit.

Sayangilah diri. Bagaimana cara kamu mencintai diri sendiri, menghargai diri sendiri, dan menghormati serta menilai diri sendiri adalah cara kamu mengajar orang lain untuk memperlakukanmu. Cintailah diri itu pada tempat yang sepatutnya.

Nur Hamizatul Husna: Lari kakak, lari sejauh yang boleh. Tak guna pun menyimpan lelaki macam itu, daripada terus bertahan tetapi terluka hati, itu pun tidak baik juga. Kalau sudah kantoi berzina, rasanya memang sudah tidak takut kepada Allah. Walaupun yang halal ada, tetapi masih mencari yang haram. Fikirkanlah tentang diri sendiri juga. Tidak perlu membela untuk orang yang tidak mahu dibela.

Baca Lagi:
“Harap ada yang sudi memberi..”- Datuk Red buat akaun TikTok semata-mata mahu cari kerja sebab nak sara anak & bayar hutang?
Tak sangka negeri ramai ‘walaun’ paling ramai daftar PADU
Bengang asyik diejek, lelaki tetak, bunuh ahli keluarga dan makan otak
CATEGORIES