Kronologi sumbang mahram 2 beradik hingga hamil 3 kali

Kronologi sumbang mahram 2 beradik hingga hamil 3 kali

Kronologi sumbang mahram 2 beradik hingga hamil 3 kali. Bermula dengan melihat adik mandi dan menukar pakaian, seorang abang hilang kewarasan sehingga sanggup memperkosa adik kandung sendiri hingga hamil.

Kejadian yang berlaku di Bengkulu, Indonesia, itu menyebabkan mangsa keguguran dua kali dan hanya seorang bayi ‘survived’.

Pada tahun 2022, mangsa melahirkan seorang bayi lelaki yang kini berusia dua tahun. Menurut laporan Tribun News, perbuatan keji ini dilakukan selama tiga tahun sejak 2021 ketika mangsa berusia 14 tahun.

Kronologi sumbang mahram 2 beradik hingga hamil 3 kali

Pegawai Kementerian Hal Ehwal Sosial, Diana Ekawati, menyatakan bahawa rumah yang ditempati oleh keluarga tersebut hanya mempunyai satu bilik. Di dalam bilik tersebutlah, mereka sekeluarga tidur dan menukar pakaian.

Hingga pada suatu hari, mangsa baru selesai mandi dan hendak menukar pakaian. Abang yang berada di dalam bilik tiba-tiba menyerangnya dari belakang dan mengugut untuk membunuhnya jika melawan.
Ibu bapa mereka dipercayai mengetahui perbuatan itu selepas mangsa keguguran kali pertama. Tetapi, perbuatan itu seolah-olah cuba ditutup daripada pengetahuan orang ramai.

Tanpa insaf, si abang terus menerus merogol adiknya sehingga beliau melahirkan anak dan hamil kali ketiga.

Perbuatan ini terbongkar selepas ibu menghantar anak perempuannya berjumpa bidan kerana sakit.

Bidan memberitahu bahawa anaknya mengalami keguguran tetapi si ibu tidak mahu menerimanya. Berita ini menjadi perbualan hangat di seluruh kampung! Si abang kemudian ditahan oleh polis dan hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku bersalah.

Baca Lagi:
‘Suami macam budak kecil kena arahkan solat, kerap tidur siang hingga gemuk, isteri dah mula rasa hilang selera tengok keadaan suami’
Umur baru 45 tapi dah ada RM1 juta dalam KWSP, lelaki ini kongsi tip jadi jutawan senyap-senyap
Jangan laminate geran tanah, pejabat tanah akan isytihar geran rosak
CATEGORIES