Selamber jer panjat pagar curi tong gas, akhirnya lelaki ini di tahan polis

Selamber jer panjat pagar curi tong gas, akhirnya lelaki ini di tahan polis

Selamber jer panjat pagar curi tong gas, akhirnya lelaki ini di tahan polis. Aksi seorang lelaki tempatan mencuri tong gas di sebuah kediaman yang tular di media sosial akhirnya ditahan di kawasan perumahan Taman Rakan Batu 11, di sini hari ini.

Klip video yang tular di TikTok itu menunjukkan suspek memanjat pagar rumah mangsa dan mencuri sebuah tong gas sebelum melarikan diri menggunakan motosikal jenis Honda Wave berwarna biru.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian itu hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati semasa kejadian , mangsa yang bersendirian di rumah telah merakam kejadian tersebut dengan menggunakan telefon bimbit miliknya.

Selamber jer panjat pagar curi tong gas, akhirnya lelaki ini di tahan polis

“Berikutan, suspek berjaya ditahan pada hari yang sama bersama barang yang dicuri.

“Semakan mendapati, suspek juga merupakan orang dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, polis juga berjaya menyelesaikan satu kes kecurian motosikal di daerah ini susulan penahanan lelaki terbabit.

“Kita juga dapati motosikal yang digunakan suspek adalah kenderaan curi yang dilaporkan hilang sebelum ini.

“Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Kajang dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Tambahnya lagi, orang awam atau individu-individu yang mempunyai maklumat tentang kejadian tersebut memaklumkan kepada pihak polis.

Baca Lagi:
Didakwa bunuh Jamal Kashoggi, Putera Mahkota Arab Saudi ‘kebal’ setelah dilantik sebagai PM Arab Saudi
Kementerian Kesihatan dedah 130 penduduk tersalah terima vaksin Covid-19
CIMB akan tutup 12 cawangan berkuatkusa 17 Oktober
CATEGORIES