Kementerian Kesihatan dedah 130 penduduk tersalah terima vaksin Covid-19

Kementerian Kesihatan dedah 130 penduduk tersalah terima vaksin Covid-19

Kementerian Kesihatan dedah 130 penduduk tersalah terima vaksin Covid-19. Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan seramai 130 penduduk di republik ini menerima dos vaksin Covid-19 yang salah.

Menteri Kesihatan Singapura, Dr. Janil Puthucheary berkata, daripada jumlah itu, tujuh daripadanya terdiri daripada kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun yang tidak mempunyai sebarang reaksi buruk.

“Selebihnya, membabitkan golongan dewasa yang sudah pulih atau tidak mengalami reaksi buruk.

“Seramai 11 orang mengalami masalah kesihatan akibat mengambil dos berlebihan dan 199 yang lain akibat pengambilan vaksin yang berkurangan sehingga 26 September lalu,” katanya.

Kementerian Kesihatan dedah 130 penduduk tersalah terima vaksin Covid-19

Sejak permulaan pandemik, kira-kira 16 juta dos vaksin Covid-19 sudah diberikan.

Isu itu timbul selepas insiden bulan lalu, apabila dua dewasa yang diberikan botol penuh vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 yang tidak dicairkan di sebuah klinik di Hougang.

Seorang pesakit dimasukkan ke hospital selepas mengalami sakit kepala dan degupan jantung meningkat sebelum dibenarkan keluar hospital Singapura.-CNA

Baca Lagi:
Ejen kosmetik Azi kongsi pengalaman 16 hari diculik buat ramai terkejut
Bantuan BKM tambahan RM500 untuk semua, semak sekarang
CIMB akan tutup 12 cawangan berkuatkusa 17 Oktober
CATEGORIES