Didakwa bunuh Jamal Kashoggi, Putera Mahkota Arab Saudi ‘kebal’ setelah dilantik sebagai PM Arab Saudi

Didakwa bunuh Jamal Kashoggi, Putera Mahkota Arab Saudi ‘kebal’ setelah dilantik sebagai PM Arab Saudi

Didakwa bunuh Jamal Kashoggi, Putera Mahkota Arab Saudi ‘kebal’ setelah dilantik sebagai PM Arab Saudi. Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, yang berdepan tuntutan mahkamah Amerika Syarikat (AS) berhubung pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi, mempunyai kekebalan daripada pendakwaan.

Peguam baginda menjelaskan, kekebalan itu diperoleh secara langsung selepas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Arab Saudi pada minggu lalu.

Jamal didakwa dibunuh oleh ejen Arab Saudi di konsulat negara itu di Istanbul dalam operasi yang dikatakan diarahkan oleh Putera Mohammed.

Didakwa bunuh Jamal Kashoggi, Putera Mahkota Arab Saudi ‘kebal’ setelah dilantik sebagai PM Arab Saudi

Baginda adalah pemerintah de facto kerajaan Arab Saudi selama beberapa tahun.

Baca Juga : Putera Arab Saudi koma selama 17 tahun, ini penjelasan kenapa boleh koma selama belasan tahun
Bekas Imam Masjidil Haram dipenjara di bawah undang-undang Arab Saudi yang menakutkan
Masjid Al-Aqsa mungkin runtuh, kerja gila Israel dipercayai gali tapak bawah masjid

Putera Mohammed bagaimanapun menafikan bahawa baginda mengarahkan pembunuhan Jamal, namun kemudian mengakui ia berlaku ‘di bawah pengawasannya’.

Minggu lalu, Raja Salman melantiknya sebagai perdana menteri dalam titah diraja yang menurut seorang pegawai Arab Saudi, adalah selaras dengan tanggungjawab dilaksanakan oleh putera mahkota itu sekarang.

“Perintah diraja tidak meninggalkan keraguan bahawa Putera Mahkota berhak mendapat imuniti berdasarkan status,” menurut peguam Putera Mohammed dalam petisyen yang meminta mahkamah menolak kes itu.

Beliau turut memetik kes lain di mana AS mengiktiraf kekebalan untuk ketua negara warga asing.

Julai lalu, Presiden AS, Joe Biden, mengadakan lawatan ke Arab Saudi bagi membincangkan isu tenaga dan keselamatan serta memberitahu Putera Mohammed bahawa Biden menganggapnya bertanggungjawab atas pembunuhan Khashoggi.

Biden berkata Putera Mohammed menafikan pembabitannya dan menegaskan mereka yang bersalah sudah dipertanggungjawabkan.

Baca Lagi:
Bantuan BKM tambahan RM500 untuk semua, semak sekarang
Rafizi dedah syarikat baru kurang 2 tahun dapat tender bekal meriam RM854 juta
CIMB akan tutup 12 cawangan berkuatkusa 17 Oktober
CATEGORIES