‘Sekali ngap je terus arwah’- Budak selamba bawa harimau berjalan pusing taman

‘Sekali ngap je terus arwah’- Budak selamba bawa harimau berjalan pusing taman

‘Sekali ngap je terus arwah’- Budak selamba bawa harimau berjalan pusing taman. Pempengaruh dari Lahore, Pakistan, Nouman Hassan menggemparkan laman sosial selepas memuat naik rakaman video seorang kanak-kanak lelaki membawa seekor harimau yang dirantai berjalan mengelilingi sebuah rumah.

Portal NDTV melaporkan, video itu meraih 36.5 juta tontonan dan 1.7 juta tanda suka dalam tempoh lima hari selepas dimuat hingga segelintir netizen mengecam tindakannya yang dianggap membahayakan.

Walaupun pada mulanya harimau itu nampak tenang namun haiwan berkenaan dilihat tiba-tiba agresif menyebabkan kanak-kanak terbabit ketakutan.

'Sekali ngap je terus arwah'- Budak selamba bawa harimau berjalan pusing taman

Bagaimanapun, seorang lelaki dengan pantas memegang kayu sebagai ancaman kepada haiwan berkenaan.

Difahamkan, Nouman kerap memuat naik video koleksi haiwan peribadinya, termasuk harimau, ular dan buaya.
Walaupun Nouman tidak memberitahu siapa kanak-kanak berkenaan namun beberapa pengguna laman sosial membuat andaian itu adalah anak saudaranya

Selain harimau, Nouman juga memelihara singa yang diperolehnya daripada lelongan oleh Zoo Safari Lahore pada Ogos tahun lalu.

Zoo itu melelong puluhan singa dan harimau untuk mengosongkan ruang dan mengurangkan perbelanjaan untuk daging.

Nouman berkata, ketika itu, dia membeli dua hingga tiga ekor singa sambil menambah lelongan yang dijalankan adalah inisiatif baik untuk mempelbagaikan kumpulan gen untuk pengumpul persendirian yang sudah memiliki harimau.

Nouman dan pemilik lain harimau berkongsi gambar dan video haiwan peliharaan mereka di laman sosial dan menawarkan perkhidmatan sewaan untuk tayangan filem dan sesi bergambar.

Baca Lagi:
‘Kopi emas’ berharga RM1,216 satu cawan, wanita ini hanya mampu senyum selepas minum kopi kayangan
Tekanan gaji tertunggak, mesej WhatsApp pemain Kelantan FC mahu hisap gam tular
Sebab utama kenapa banyak kedai tiada sijil halal didedah pengusaha F&B
CATEGORIES