‘Kopi emas’ berharga RM1,216 satu cawan, wanita ini hanya mampu senyum selepas minum kopi kayangan

‘Kopi emas’ berharga RM1,216 satu cawan, wanita ini hanya mampu senyum selepas minum kopi kayangan

‘Kopi emas’ berharga RM1,216 satu cawan, wanita ini hanya mampu senyum selepas minum kopi kayangan. Kebiasaannya, kopi handmade yang menggunakan biji asli sedia ditawarkan pada harga sekitar RM10 dan ke atas. Namun sejauh manakah para peminatnya sanggup membelanjakan wang untuk menikmati kopi terbaik di dunia?

Seorang food vlogger wanita baru-baru ini berkongsi pengalaman beliau menikmati kopi paling mahal di dalam hidupnya di sebuah rangkaian kopi premium, Bacha Coffee di KLCC. Rangkaian kopi premium itu sememangnya terkenal dengan penawaran pelbagai beraneka kopi dan makanan dengan tanda harga yang mahal.

Menerusi hantaran di TikTok @walaofoodie, wanita ini mendedahkan bahawa beliau membayar RM1,216 untuk secawan kopi atau lebih spesifik digelar sebagai Paraiso Gold Coffee dari Amerika Selatan.

'Kopi emas' berharga RM1,216 satu cawan, wanita ini hanya mampu senyum selepas minum kopi kayangan

Dengan harga mencecah empat angka, pasti ramai tertanya-tanya apa yang membuatkan kopi ini begitu istimewa. Sebelum membuat pesanan, wanita itu mendapatkan lebih banyak maklumat mengapa Paraiso Gold Coffee memiliki harga yang tinggi.

“Ia adalah salah satu kopi paling jarang ditemui di dunia, dan bukan mudah untuk menanam pokok tersebut. Biji kopi juga terhad,” jelas pelayan kepada vlogger tersebut.

Pelayan itu kemudiannya menawarkan secawan kopi Paraiso Gold untuk diteliti oleh wanita itu dan memberitahunya bahawa ia memiliki rasa dan aroma “wain yang hebat”.

Beliau lalu menghirup kopi tersebut dan cuba mengenal pasti rasa yang dikatakan. Namun, bagi beliau, rasanya sama seperti dengan kopi yang lain.

“Rasanya sama seperti kopi lain. Saya tidak tahu bagaimana untuk mengagumi secawan kopi ini,” luah beliau selepas merasai kopi itu kerana tidak mengesan keistimewaan daripada kopi emas edisi terhad itu.

@walaofoodie 什么咖啡竟然卖 RM1200 #糖果 #天价咖啡 ♬ original sound – 大马哇佬味

Vlogger itu, bagaimanapun mendedahkan bahawa beliau sangat menyukai pastri yang dipesan dengan mengatakan ia sangat sedap. Sementara di ruangan komentar, ramai yang merasa lucu dengan reaksi yang diberikan oleh vlogger tersebut kerana rasanya tidak mencapai apa yang dibayangkan.

Berdasarkan laman web rasmi kedai kopi itu, Paraiso Gold Coffee merupakan jenis kopi yang paling eksklusif kerana hanya boleh didapatkan di satu spesifik kawasan di Brazil, Amerika Selatan. Kopi ini juga mempunyai varian rasa yang cukup eksotik dengan unsur rasa bunga mawar, epal hijau, beri liar dan nanas.

Baca Lagi:
Rupanya ini sebab kenapa babi dijadikan tabung duit
Selama hidup baru tahu cara ular minum air, ingatkan guna lidah rupanya..
Kenapa ada kelandar 2023A bukan 2024?, ini sebab kenapa ramai yang fobia dengan nombor 4
CATEGORIES