Tekanan gaji tertunggak, mesej WhatsApp pemain Kelantan FC mahu hisap gam tular

Photo of author

By Joe

Tekanan gaji tertunggak, mesej WhatsApp pemain Kelantan FC mahu hisap gam tular. Tangkap layar perbualan pemain Kelantan FC melalui aplikasi WhatsApp yang tersebar di laman sosial ketika ini seakan-akan menceritakan penderitaan mereka akibat dari gaji yang tertunggak.

Malah ada dalam kalangan pemain-pemain pasukan dari pantai timur itu sanggup untuk menghisap gam kerana tekanan terlampau tinggi disebabkan pengurusan masih tidak menyelesaikan isu gaji tertunggak pemain pasukan itu.

“Assalamualaikum, sikit lagi saya nak hisap gam ini, tolong suggest sikit Encik Norizam (pemilik Kelantan FC) gam apa yang best,” tulis seorang pemain.

Tekanan gaji tertunggak, mesej WhatsApp pemain Kelantan FC mahu hisap gam tular

Bukan itu sahaja, ada juga luahan pemain-pemain lain yang menyatakan kenderaan mereka juga hampir ditarik pihak bank kerana bayaran telah tertunggak.

“Nak tunggu kereta kena tarik dulu seorang-seorang kena halau rumah dulu seorang-seorang macam itu,” kata pemain Kelantan FC.

Terdahulu, pemilik kelab yang diberi jolokan The Red Worrior itu, Nurizam Tuliman atau lebih dikenali Bos Zam menjelaskan gaji tertunggak tujuh pemain pasaukan tersebut telah dilunaskan pada Ogos lalu.

Malah, Bos Zam juga turut menyatakan rundingan dengan pemain terlibat telah selesai. Manakala rayuan terhadap badan induk Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga telah dilakukan bagi mengekalkan pasukan itu bersaing pada Liga Super untuk musim baru.

Baca Lagi:
‘Kopi emas’ berharga RM1,216 satu cawan, wanita ini hanya mampu senyum selepas minum kopi kayangan
“Orang kata kalau lalu atas Vietnam waktu malam akan nampak cahaya terang”, juruterbang rakam tunjuk bukti buat ramai tertanya-tanya
Tiga bulan tunggu pemilik tuntut duit yang ditemui di tapak pelupusan sampah, ramai yang mengaku bila dapat tahu jumlah keseluruhan duit