Sejarah baharu! Malaysia ikat pasukan berkelas dunia Korea Selatan yang menguasai bola 81%

Sejarah baharu! Malaysia ikat pasukan berkelas dunia Korea Selatan yang menguasai bola 81%

Sejarah baharu! Malaysia ikat pasukan berkelas dunia Korea Selatan yang menguasai bola 81%. Malaysia berjaya melakar salah satu kejutan terbesar dalam Piala Asia 2023 dengan mengikat Korea Selatan 3-3 pada masa kecederaan.
Pada satu ketika skuad Harimau Malaya mendahului 2-1 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Malaysia dalam misi untuk membawa pulang sebarang gol atau mata dalam aksi Piala Asia 2023. Selepas kecewa dalam dua perlawanan pertama mereka.

Korea Selatan hanya memerlukan satu mata untuk mara ke kalah mati. Sementara Malaysia pula hanya melengkapkan jadual.

Sejarah baharu! Malaysia ikat pasukan berkelas dunia Korea Selatan yang menguasai bola 81%

Seperti dijangka Korea Selatan mendominasi setiap inci padang pada awal perlawanan. Di mana pada satu ketika penguasaan Korea Selatan mencecah 83%.

Korea Selatan menamatkan perlawanan dengan statistik luar biasa 81% penguasaan bola sementara Malaysia cuma ada 19% sahaja. Korea Selatan melakukan 20 shots vs 7 dilakukan Malaysia.

Skuad Korea Selatan di hadapan menerusi Jeong Woo Yeong yang menanduk masuk bola. Awalnya seolah olah Syihan Hazmi sudah menyelamatkan bola di atas garisan. Tinjauan VAR mengesahkan bola sudah melepasi garisan gol sepenuhnya.

Separuh masa pertama berakhir 1-1.

Pada separuh masa kedua Malaysia bangkit membalas dengan dua gol.

Faisal Halim menjaringkan gol hasil susulan cantik selepas percubaan Arif Aiman dihadang pada minit ke-51.

Kemudian Malaysia menguatkan Korea Selatan dengan gol kedua. Kali ini Malaysia diberikan sepakan penalti yang berjaya disempurnakan Arif Aiman.

Namun Lee Kang In menyamakan kedudukan setelah melakukan rembatan cantik daripada sepakan percuma. Lee Kang In adalah pemain yang paling aktif mengancam kubu Malaysia sepanjang perlawanan. Bola berjaya ditepis Syihan namun terbias pada palang dan terbias lagi padanya dan masuk.
Pada minit akhir, Junior Eldstal memberikan penalti kepada Korea Selatan selepas menjatuhkan Oh Hyeon Gyu. VAR digunakan untuk memastikan sama ada ianya penalti. Dan VAR berikan penalti. Yang mudah disempurnakan Son Heung Min pada masa kecederaan 90+4′.

Son Heung Min hampir membunuh perlawanan seminit selepas itu dari kedudukan 1 v 1. Namun gagal.

Ketika Korea Selatan berkira kira untuk meraih 3 mata, pemain gantian Romel Morales mencetak gol ketiga Malaysia yang diraikan bagai nak gila.

Tamat perlawanan Korea Selatan 3 Malaysia 3.

Malaysia berjaya memastikan kempen Piala Asia pertama mereka sejak 2007 itu tidak pulang hampa dengan tangan kosong. 3 gol dibawa daripada aksi menentang Korea Selatan dan 1 mata yang luar biasa.

Malaysia menamatkan saingan di tangga tercorot kumpulan E. Namun sekurang kurangnya kita ada satu lagi cerita untuk dibanggakan iaitu mengikat jaguh asia dan pasukan berkelas dunia Korea Selatan.

Baca Lagi:
“Dah 3 kali kahwin cerai, sekarang umur aku 55 tahun masih ramai lelaki datang dekat”
Lama menghilang, Raja Bomoh kembali gemparkan Malaysia dengan buat ‘magic’ daun pisang bertukar jadi duit RM50
“Isteri terkejut tahu tabiat pelik suami, selama ni dia selalu ludah dalam air minuman aku”
CATEGORIES