Lama menghilang, Raja Bomoh kembali gemparkan Malaysia dengan buat ‘magic’ daun pisang bertukar jadi duit RM50

Lama menghilang, Raja Bomoh kembali gemparkan Malaysia dengan buat ‘magic’ daun pisang bertukar jadi duit RM50

Lama menghilang, Raja Bomoh kembali gemparkan Malaysia dengan buat ‘magic’ daun pisang bertukar jadi duit RM50. Raja Bomoh yang juga dikenali sebagai Datuk Ibrahim Mat Zin, sekali lagi menarik perhatian orang ramai dengan aksi terbaharu olehnya.

Dalam satu video yang kini ditonton lebih 1 juta orang di TikTok @tokomardany, Raja Bomoh dilihat melakukan upacara membungkus daun pisang kosong sambil membaca ayat-ayat.

Apa yang mengejutkan orang ramai adalah membuka balutan daun pisang dan secara tiba-tiba muncul wang kertas RM50.

Lama menghilang, Raja Bomoh kembali gemparkan Malaysia dengan buat 'magic' daun pisang bertukar jadi duit RM50

Dalam video itu, Raja Bomoh mendakwa bahawa dia mempunyai keupayaan untuk mengubah daun pisang kepada wang melalui jampi, menekankan bahawa ia bukan ilmu hitam tetapi kemahiran yang diperolehnya melalui pelbagai amalan.

Lelaki yang duduk di hadapannya memegang wang kertas tersebut dan menunjukkannya ke kamera sambil mengesahkan kesahihannya.

@tokomardany Raja bomoh tarik duit… #fypdongggggggg #fyp #DatukIbrahimMatZin ♬ bunyi asal – Tok’omardany

Baca Lagi:
Trem tanpa landasan percuma selama 4 hari di Putrajaya bermula 1 Februari 2024
Tindakan kurang ‘cerdik’ wanita ini dikecam netizen, mengaku dapat kerja gomen guna ‘orang dalam’
‘Tinggi betul tahap kesabaran pakcik seluar bomba ni’- Lelaki mengamuk mengaku sungai milik bapanya diceroboh
CATEGORIES