“Sebarkan kasih sayang bukan kebencian”- Penduduk Cina bantu orang Melayu pulang ke ibu kota raih pujian ramai

“Sebarkan kasih sayang bukan kebencian”- Penduduk Cina bantu orang Melayu pulang ke ibu kota raih pujian ramai

“Sebarkan kasih sayang bukan kebencian”- Penduduk Cina bantu orang Melayu pulang ke ibu kota raih pujian ramai. Seorang pengguna media sosial telah meluahkan rasa terharu dengan tindakan baik hati penduduk Cina di Daerah Ladang Bikam, Perak, yang membuka jalan baru dengan menggunakan jentolak semata-mata untuk memudahkan orang Melayu pulang ke ibu kota selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Zairul Annuar, dia sangat kagum dengan sikap keprihatinan yang ditunjukkan oleh penduduk Cina di kawasan tersebut.

Berbicara di Facebook, Zairul menceritakan bahawa kisah ini bermula ketika dia menggunakan aplikasi Google Maps (GM) dari Perak untuk pulang ke Kuala Lumpur.

"Sebarkan kasih sayang bukan kebencian"- Penduduk Cina bantu orang Melayu pulang ke ibu kota raih pujian ramai

“Pertama-tama, kami menggunakan lebuh raya dari Simpang Pulai untuk menuju ke arah Selatan. Tetapi kerana jalan terlalu sesak, kami terpaksa kembali melewati simpang Gopeng untuk menggunakan jalan dalam.
“Sewaktu kami hampir tiba di Daerah Ladang Bikam, aplikasi GM memberitahu kami tentang kesesakan teruk di depan jalan tersebut. Tanpa berfikir panjang, saya bersetuju sebab melihat jalur merah (sesak) yang panjang di aplikasi,” katanya melalui entri Facebook pada hari Ahad.

Dia menjelaskan bahawa perjalanan menggunakan GM berjalan lancar, tetapi aplikasi itu membawa mereka ke jalan kampung yang akhirnya membawa mereka ke sebuah kawasan perumahan kecil.

“Selepas melalui kawasan perumahan itu, kami tiba di jalan yang tidak berturap dan masuk ke dalam ladang kelapa sawit yang gelap.

“Kami meneruskan perjalanan perlahan-lahan. Kami melihat beberapa kereta dari arah bertentangan dan mereka berhenti di sebelah kami, sambil memberitahu kami bahawa jalan di depan tidak dapat dilalui. Mereka menunjukkan kami untuk berpatah balik. Semua kereta di belakang kami juga diminta untuk melakukan perkara yang sama,” katanya.

Tambahnya, “Setelah berpatah balik, kami telah sampai semula ke kawasan perumahan tersebut. Tiba-tiba kereta kami diberhentikan oleh sekumpulan lelaki berbangsa Cina.”

Ujarnya, lelaki Cina tersebut meminta agar mereka tidak berpatah balik, kerana dia dan sekumpulan penduduk Cina yang lain akan membantu untuk membuka jalan baru.

“Mereka telah sepakat untuk membantu melancarkan perjalanan kenderaan yang melalui kawasan perumahan mereka. Pada masa yang sama, kami melihat sebuah jentolak bergerak laju melepasi kami dari arah bertentangan.

“Kami kemudian berpatah balik semula ke arah jalan yang diarahkan. Sebaik sampai di tempat itu, jalan hampir siap untuk dilalui,” katanya.

Menyimpulkan kisahnya, akhirnya dia tiba di ibu kota dengan selamat dan menyuarakan ucapan terima kasih atas sikap baik penduduk Cina tersebut.

“Penduduk Cina di sini mempunyai sikap peduli dan sedia membantu kelancaran perjalanan orang Melayu pulang dari kampung ke Kuala Lumpur.

“Mereka keluar rumah dan bergotong-royong. Sungguh hebat orang Cina di Perak. Luar biasa! Ini lah yang membentuk kekuatan bangsa Malaysia,” katanya.

@mantobatvKisah pulang beraya balik ke KL. Penalaman epak jem melalui lorong tikus dibantu oleh penduduk dr kaum cina. Pengalaman dikongsi oleh Zairul Annuar.

♬ Keroncong Hari Raya Wings – user43705813015

Baca Lagi:
“183 hari yang panjang”- Nadir Al- Nuri dedah PMX jadi watak utama ‘misi gila’ bawa pulang keluarganya dari Gaza
Rumah Timbalan Menteri terbakar, tiada satu barang dapat diselamatkan
Macam dapat emas, lelaki ini bagi daging dendeng Khairul Aming sebagai ganti duit raya
CATEGORIES