Macam dapat emas, lelaki ini bagi daging dendeng Khairul Aming sebagai ganti duit raya

Macam dapat emas, lelaki ini bagi daging dendeng Khairul Aming sebagai ganti duit raya

Macam dapat emas, lelaki ini bagi daging dendeng Khairul Aming sebagai ganti duit raya. Sebuah keluarga kelihatan teruja menerima pek daging dendeng yang dijual oleh pencipta kandungan terkenal, Khairul Aming.

Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Park Komie telah menarik perhatian ramai apabila memuat naik video memberikan daging dendeng tersebut kepada setiap ahli keluarganya sempena Hari Raya Aidilfitri.

Melalui video yang menjadi viral dengan lebih daripada 70,000 tontonan, ahli keluarga lelaki tersebut yang memakai baju berwarna merah bata kelihatan bersorak apabila menerima pek daging dendeng.

Macam dapat emas, lelaki ini bagi daging dendeng Khairul Aming sebagai ganti duit raya

“Kita berikan barang ‘rare’ (sukar dijumpai) selain daripada duit raya. Selamat Hari Raya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menurut Park Komie, setiap hari beliau ‘bertempur’ di platform dalam talian untuk membeli daging dendeng Khairul Aming yang dikatakan sukar didapati oleh netizen.

“Hari-hari menunggu untuk membeli. Ini sudah lama dibeli dan disimpan sebagai stok raya,” balas seorang pengguna media sosial.

Selain terhibur dengan gelagat keluarga Park Komie, orang ramai turut kagum dengan kepantasan beliau dalam ‘pertarungan’ membeli stok daging dendeng dalam jumlah yang banyak.

“Pertama kali saya melihat orang begitu gembira mendapat makanan seperti ini. Seperti mendapat jongkong emas yang sangat ‘rare’, produk KA ini,” tulis Adda Adora.

“Sungguh ‘rare’ kerana sukar didapati dan internet perlu laju,” seloroh Fadzil Jahari.

“Bang, sebentar lagi saya akan datang beraya,” kata Cheqqa.

@shahrulfahmyyyyy Kita bagi barang rare instead of duit raya 😝 Selamat Hari Raya Semua 🙏🏽✨@Khairulaming #khairulaming #dagingdendeng #sambalnyet #selamathariraya #2024 #shr ♬ Ketipak Ketipung Raya – Aisha Retno & Aziz Harun

Baca Lagi:
“Melayu mudah lupa”- McD dan KFC full house masa raya
Warga emas dapat jackpot selepas dituduh curi barang RM29 di pasar raya
Macam baru balik beraya dari Istana, dua beradik berbaju Melayu kuning Diraja raih perhatian ramai
CATEGORIES