“Saya boleh baca fikiran korang”, netizen pelik macam mana lelaki ini boleh tahu kita akan pilih bunga mana

“Saya boleh baca fikiran korang”, netizen pelik macam mana lelaki ini boleh tahu kita akan pilih bunga mana

“Saya boleh baca fikiran korang”, netizen pelik macam mana lelaki ini boleh tahu kita akan pilih bunga mana. Sedang anda bermalasan di atas kerusi, ada satu video tipu helah muncul di halaman dan tanpa berfikir panjang, anda klik video tersebut.

Mula-mula rasa tidak mahu dengar sampai habis tetapi lama-kelamaan perasaan ingin tahu muncul dan otak yang pada asalnya tidak fokus mula menumpukan perhatian penuh.

Menurut video tersebut, ia mendakwa boleh membaca minda anda. Disebabkan kata-katanya, anda mula mendengar video tersebut sehingga habis dan papp! Memang betul dia boleh baca fikiran.

"Saya boleh baca fikiran korang", netizen pelik macam mana lelaki ini boleh tahu kita akan pilih bunga mana

Pernah tak korang berada dalam situasi tersebut? Mesti pelik macam mana video yang tidak bernyawa itu boleh membaca fikiran sedangkan tiada siapa yang tahu apa yang difikirkan.

Betul ke boleh baca fikiran?

Dalam sedar atau tidak sedar, terdapat permainan psikologi yang diterapkan dalam video sedemikian. Misalnya seperti video dari Mosteleyy Bestz yang berjaya membuatkan ramai kagum.

Dalam video tersebut, dia mendakwa dengan jelas bahawa dirinya dapat membaca fikiran sesiapa yang menontonnya.

Walaupun kelihatan mustahil namun rata-rata pengguna media sosial yang menontonnya terpedaya dengan taktik yang ditunjukkan sekali gus mengiyakan kenyataan lelaki tersebut.

Arahan yang diberi juga sangat mudah dan perkara itu membuatkan orang ramai menjumpai satu jawapan yang sama.

“Korang percaya tak? Saya boleh baca fikiran korang.
“Syaratnya mudah sahaja, korang kena ikut arahan saya betul-betul. Dengar dan buat,” katanya dalam video tersebut.

Pilih bunga, ikut arahan & ini fikiran korang

Dalam arahannya, lelaki tersebut meminta penonton untuk memilih satu bunga yang mereka suka sebagai permulaan.

Selepas itu, dia mengarahkan untuk menggerakkan jari pada bunga berwarna merah.

“Dekat sini (video) ada pelbagai jenis bunga betul? Saya nak korang pilih satu bunga yang korang paling suka, tidak kisah atas atau bawah, kiri atau kanan.

“Sekarang ini saya nak korang gerakkan jari korang pada bunga warna merah yang berhampiran dengan anda.

“Kemudian, gerakkan jari pada bunga yang berwarna putih yang berhampiran. Yang terakhir, saya nak korang gerakkan jari korang pada bunga berwarna kuning yang berhampiran,” katanya.

Siapa sangka, bunga warna kuning yang dipilih itu merupakan bunga yang lelaki tersebut jangka sebagai jawapan akhir.

Menurutnya, sesetengah daripada yang menonton akan memilih bunga yang dikatakan sebagai jawapan akhir itu.

“Jawapannya adalah bunga kuning yang berada berdekatan dengan bunga warna putih,” ujarnya.

‘Betul…’ komen warga maya

Perkara itu membuatkan ramai yang terkejut dan hampir semua yang menonton menunjukkan bunga kuning yang sama.

Menjengah di ruangan komen, kebanyakan pengguna mula meninggalkan komen dengan menyatakan mereka memilih bunga tersebut.

"Saya boleh baca fikiran korang", netizen pelik macam mana lelaki ini boleh tahu kita akan pilih bunga mana

Ramai yang mengambil peluang meninggalkan komen menyatakan dakwaan lelaki tersebut adalah benar belaka.

Pada mulanya mereka tidak percaya dengan dakwaan tersebut namun setelah mengikut arahan yang diberi ternyata lelaki itu tidak salah dalam tekaaannya.

"Saya boleh baca fikiran korang", netizen pelik macam mana lelaki ini boleh tahu kita akan pilih bunga mana

Jadi, bagaimana dengan pendapat anda? Betul atau tidak tekaan lelaki tersebut atau ia hanyalah permainan minda? Kalau nak cuba, boleh tengok video di bawah.

VIDEO

Baca Lagi:
Wanita pertama di dunia miliki kekayaan lebih RM459.5 bilion
“Aku tengok mak macam tak kahwin, suami duduk asing, lepas ayah meninggal, mak jadi perampas suami orang”
Rumah banglo miliki 27 bilik tidur di Damansara dijual dengan harga RM22 juta
CATEGORIES